Friday, September 4, 2015

Mengenali Jenis-Jenis Housemate

Hai apa khabar semua? Dulu-dulu masa zaman belajar, kita tak sabar nak berhenti belajar dan mula kerja sebab nak dapat duit. Tapi bila kau dah stress kerja mulalah buat sesi flashback saat-saat remaja yang terindah tak bisa terulang. Kat universiti dulu mesti kalian pernah duduk hostel ataupun menyewa rumah bukan? Maka hari ini kita akan membincangkan tentang jenis-jenis housemate yang mungkin pernah kongsi sabun dengan anda. Ayuh teruskan membaca.

1) Housemate kuat tidur

Ini adalah jenis rakan serumah yang paling umum, serta paling mudah dijumpai di mana-mana rumah sewa. Kalau dia ada kelas pagi, segala usaha untuk kejutkan beliau adalah sia-sia. Dia kunci alarm snooze sampai lima kali dalam jarak 5 minit pun masih tak mampu bangun. Kalau bulan puasa kau ajak dia bangun sahur mungkin akan berlaku pertelingkahan. Lepastu bila dia bangun time nak dekat berbuka dia akan marah kau kenapa tak kejut sahur. Paling afdal dalam situasi begini adalah kau suapkan saja nasi ke dalam mulut beliau semasa sedang tidur.

2) Housemate gamer

Housemate sebegini selalunya seorang yang celik IT serta memiliki PC paling power di dalam rumah sewa anda. Game yang paling popular serta mendapat sambutan ramai sudah pastilah Counter Strike. Setakat kau saja-saja nak join main lawan dia, dia akan menghina kau dengan memisau kau dari belakang sebelum spray logo penis oren dia. Rumah sewa kau tak akan pernah putus Internet kerana beliau sendiri akan membayar bil tepat pada masanya. Housemate gamer ni boleh juga kalau kita nak associate dia tengok anime seperti Bleach dan Naruto. Tapi apapun housemate gamer terulung adalah mereka yang bermain game Football Manager di mana beliau akan duduk di hadapan laptop pada pukul 12 malam sedar-sedar je esok dah nak habis semester.

3) Housemate wali

Rakan serumah wali juga dikenali sebagai geng tabligh. Diorang ni memang ekstrimis bersedia je nak mengebom McD dan Starbucks setiap kali post tentang Palestin menjadi viral. Kalau berselisih dengan perempuan dia sanggup ikut jalan jauh. Bila bercakap dia membahasakan diri sebagai 'Ana'. Kalau yang perempuan, akak-akak usrah ni mengamalkan konsep bercinta selepas kahwin dan berusaha menjodohkan adik senior dengan abang senior. Kalau nampak je pasangan bukan mahram duduk dekat-dekat terus menyanyi lagu nasheed popular In Team siap dengan gaya.


4) Housemate dosa besar

Housemate dosa besar sering membawa gadis pulang ke rumah. Kau tegur mereka pun mereka hanya senyum hic hic sambil hulur kau beer yang bukan root. Astaghfirullahalazim. Tapi bila mereka sober, mereka sebenarnya baik hati dan sering tumpangkan kau pergi kelas naik kereta.

5) Housemate tokan

Housemate tokan adalah housemate yang membekalkan produk-produk yang bukan senang nak dapat. Contohnya yang paling ketara adalah weed. Kalau nampak karekter mencurigakan tiba-tiba muncul di rumah sewa anda, haaa nak cari stok la tu. Selain itu, ada juga yang turut membekalkan koleksi pornografi, terutamanya .3pg Melayu berkualiti rendah tetapi mendapat sambutan hangat pada satu ketika dulu dengan nama-nama file seperti Ana Melaka.3gp, Suzana Ampang.3gp mahupun rempit_ladang_kelapa_sawit.3gp.

6) Housemate Ahmad Maslan

Perlu dijelaskan di sini agar tidak ditahan di bawah Akta Hasutan, housemate Ahmad Maslan ni merujuk kepada housemate yang pandai pointer 3.85 ke atas, bukan sebab dia asyik cakap benda kurang bijak ataupun pandai masak nasi goreng timun ok. Antara gaya tipikal seorang housemate yang nerd ini adalah meminati hentai, berspek mata tebal, sikat rambut belah tepi serta memakai seluar slack yang digosok sehingga tajam tepi kalau kena jari boleh berdarah. Anda memang pura-pura tak kenal mereka ketika makan di kafeteria, tapi bila dekat-dekat nak periksa mulala anda menggelabah ketuk pintu bilik mereka minta mereka ajar nak buat function dalam Pengaturcaraan C.

7) Housemate cinta sejati

Fuhhh housemate sebegini adalah orang yang paling romantik sekali yang anda pernah jumpa. Mereka mengamalkan konsep percintaan seperti yang terdapat dalam lagu-lagu balada KRU. Kalau makwe call, mereka akan masuk bawah selimut cakap dengan penuh kelembutan dan sesekali kau akan terdengar bunyi ketawa hik hik hik. Bila dating mereka selalu pinjam kau punya ubat ketiak dan perfume tapi paling hangin kalau nak pinjam duit sebab nak belanja makwe la. Lepastu balik rumah bawak teddy bear besar dengan kad cinta buatan tangan yang digunting hurufnya daripada suratkhabar mahupun majalah Media Hiburan.


8) Housemate MLM


Takziah kalau anda ada housemate sebegini, saya malas nak ulas dengan panjang nanti mereka bagi hujah nak hantar mak pergi haji.

9) Housemate mandi lama nak arwah

Selalunya masa bangun pagi kita mesti mamai. Kalau kita jenis mandi pantas 5 minit dah setel semua, 3 minit daripada 5 itu pasti digunakan untuk merenung kehidupan di bawah shower. Lebih daripada itu, housemate kita akan menjerit "WOI TOCENG KE". Tapi ada juga yang mandi lebih daripada 20 minit tetapi tak melakukan perkara berdosa yang mewajibkan mandi. Gadis-gadis ataupun jejaka metroseksual la selalunya. Setiap bahagian yang berbulu ada syampu yang berlainan jenis. Lepas syampu kena pakai perapi pula. Itu tak masuk alat penjagaan wajah yang ada berbelas-belas. Kesian kawan kat luar nak terberak kena kemut lubang punggung.

Begitulah antara jenis-jenis housemate yang popular di zaman kita belajar dahulu dan sekarang. Antara jenis housemate lain yang popular adalah Housemate Kaki Bola, Housemate Kaki Pau Rokok serta Housemate Asyik Balik Kampung Baik Tak Payah Sewa Rumah. Jika anda ada pengalaman tentang jenis-jenis housemate di atas, ayuh kongsikan bersama.



6 comments:

Anonymous said...

Housemate tak reti jaga kebersihan ada? Hahahaha

Anonymous said...

Housemate pau makanan

wani ezryl * said...

room mate/house mate - kita yang tadah/masak air bubuh dalam fridge, dia yang tukang habiskan. tak nak isi balik pulak tu. hahaha

Nini Nell said...

Housemate liat nak bayar sewa tiap bulan

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Anonymous said...

hosmet layan bapok jalan wong ah jang

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...