Tuesday, December 22, 2015

Blogging is Dead?

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap yang hidup pasti akan mati. Setiap nafas yang dihembus, setiap degupan jantung aku selalu memikirkanmu. Sedikit Anuar Zain di situ. Hai apa khabar pembaca? Hari ini kita akan membincangkan tentang satu isu yang serius, benarkah 'blogging' sudah pulang ke rahmatullah dan tidak relevan lagi dalam kehidupan seharian? Isu ini melibatkan saya dan anda yang sedang membaca entri ini juga kerana anda pun mungkin ada blog yang sudah lama tidak dikemaskini password blogger pun dah lupa.

Blog hambar 'Yang Penting Rupa' diwujudkan pada tahun 2007, pada asalnya atas dasar pengaruh rakan sebaya, di mana aktiviti blogging ketika itu memang sesuatu yang popular. Semasa awal-awal pembabitan, fuhh idea mencurah-curah kalau boleh tiap-tiap hari nak update blog. Beberapa tahun kemudian, bilangan entri semakin berkurang umpama jemaah solat terawih nak time dekat-dekat raya. Jika anda klik blog link kawan-kawan saya di sidebar tu, semua dah tamat riwayatnya. Hari ini kita akan membincangkan faktor-faktor umum mengapa aktiviti blogging ini semakin pupus. Ayuh teruskan membaca.

1) The Rise of Social Media

Ini adalah punca utama mengapa blog dipinggirkan. Dengan wujudnya laman media sosial seperti Twitter dan Instagram, kita boleh menyampaikan apa yang hendak disampaikan tanpa perlu menaip panjang-panjang macam entri aku ni. Kat Twitter aku just taip "Blogging is dead. Why? #Malas #Penis". Aku rasa inilah sebab aku update blog 2 bulan sekali sebab ketagihan Twitter haha. Lepastu dah rasa macam eh lama tak update ni kau pun buatlah kompilasi tweet kau lalu muat naik di blog. Recycle diri sendiri ouch.

Samalah juga macam Instagram. Bak kata pepatah Inggeris, 'A picture is worth a thousand words...'. Satu gambar selfie boleh disertakan dengan quote inspirasi kehidupan yang fana yang tiada kena-mengena. Satu gambar bogel kita memang beribu-ribu orang akan membincangkannya sambil buat aksi solo berdosa. Ok ok analogi saja aku so far tak ada gambar tak senonoh lagi.

Di era teknologi maklumat, semua benda pun orang nak pantas dan cepat. Berita atau maklumat boleh disampaikan dengan hanya 140 karekter, so orang tiada masa nak baca blog panjang-panjang, tiada masa juga nak karang ayat panjang-panjang. Punyalah pantas kan sampaikan share pun sepantas Watson Nyambek juga. Nampak berita manusia memasukkan zakar ke dalam orang utan sampai mengandung, fuhh share share bila dah sedar realiti sebenar terus cakap 'kita tak boleh lawan ketentuan Tuhan'.

2) Hilang Punca

Hilang Punca ni bukan merujuk kepada blog Pipiyapong yang popular satu ketika dahulu. Kenapa satu ketika dahulu? Sebab sekarang dah hanyut dibawa arus kemodenan. Tiada kaitan dengan arus kemodenan pun saja je nak letak peribahasa tu. Begitu juga dengan blog-blog lain yang aku gemar baca seperti blog kelakar nak arwah Jebonisme, the thought provoking (or just provoking) F.O.A, blog Refurbished Journey dan bermacam-macam lagi yang dah tak aktif. Kena tanya juga mereka, kenapa dah berhenti blogging?

Sesetengah orang tulis blog untuk kepuasan diri. Ada orang menulis sebagai diari. "Hari ini saya pergi ke kedai untuk membeli aiskrim. Kemudian saya ternampak crush saya. Hati saya berdebar-debar..." (contoh blog jadi diari). Ada blog diwujudkan sebagai lambang percintaan semata-mata. Kat alamat dia tulis 'warkahcintashuhud.blogspot.com' so hari-hari dia update pasal percintaan dia di alam maya letak gambar yang orang lain akan jadikan Relationship Goals. Tapi bila dah ditinggakan boleh teman wanita, Shuhud pun patah hati dah berhenti menulis blog. Tiada sebab lagi untuk dia menaip panjang-panjang tentang sesuatu yang tidak lagi menarik minatnya. Semoga contoh kegagalan percintaan Shuhud menjelaskan tentang point 'hilang punca' untuk blogging ini.

3) Selling out?

Ada orang menjadikan blog khas untuk menjana pendapatan, which is great sebab kita tahu mereka akan komited dalam membekalkan entri yang mengandungi maklumat yang berkualiti untuk buat orang nak datang lagi. Ada juga yang bermula dari bawah, berterusan tulis entri yang mantap kemudian secara perlahan-lahan menjadi popular, sebelum ditawarkan untuk menulis entri berbayar. This is fine of course, yang menjadi masalah adalah apabila mereka menulis semata-mata mahukan wang dan perlu ikut telunjuk si pembayar iklan. Sedikit demi sedikit, identiti pun hilang, pembaca tetap pun bosan asyik disogokkan dengan iklan pemutihan ketiak bila mereka datang nak baca kisah hidup kucing kau yang comel.

So point ini lebih nampak kesannya ke arah pembaca blog sebenarnya. Penulis tiada motivasi, pembaca lari, blog pun mati. Yang hidup dan kekal popular hanyalah blog-blog gosip artis "Rasnoh Met Ariz Mengidam Nasi Kangkang", blog-blog dengan headline clickbait "Anda Tidak Akan Percaya Apa Yang Berlaku Dengan Penis Lelaki Ini Selepas Disapu Minyak Rambut", mahupun blog yang memaparkan kisah-kisah yang viral di media sosial di mana kita boleh lihat pergaduhan manusia di ruangan komen seperti "Pandai pun tak guna kalau tak pakai tudung..." Tiada lagi interaksi, tiada lagi diskusi. Blogger yang masih aktif pun jadi makin tak bersemangat sebab yang tinggal hanya kanak-kanak garang di Internet yang gagah di sebalik keyboard.

4) Hangat-Hangat Tahi Adam

Jika anda pernah ada blog lepastu berputus asa selepas beberapa entri katakan HO! Haha orang nak tulis blog dia pun nak tulis blog. Letak Nuffnang ke Adsense ke lepastu suruh kawan-kawan klik. Lepastu kantoi. Dia ni macam durian crepe ataupun aiskrim pasu la, sekejap je kau rasa benda tu best.

5) Komitmen

Kualiti > kuantiti. 1 entri power sehari lagi gagah daripada 5 entri menjelaskan aktiviti kau di rumah dalam masa sehari. Tapi itu sebenarnya alasan saja konon-konon nak taip entri berkualiti sebenarnya tak ada idea pun. Bila idea power dah datang, tiada masa pula. Lepastu kahwin, lepastu ada anak. Malam dah mengantuk bila nak menaipnya? Basically aku cakap pasal diri sendiri la ni.

6) Is Blogging Dead? Why?

Aku ada juga tanya followers di Twitter soalan yang sama, rata-rata memberikan pendapat yang serupa:



Begitulah antara sebab-sebab mengapa 'scene' blogging ini sudah semakin suram. Kalau tanya kat aku, is blogging dead? I'd say yes, at least dari pihak yang menulis, berdasarkan pengalaman sendiri serta faktor-faktor di atas. Tapi bak lagu popular Celine Dion, My Blog Will Go On, Yang Penting Rupa tidak akan mati cuma bila nak update je yang jadi misteri. Bagaimana dengan anda? Adakah anda setuju dengan kenyataan 'Blogging is dead' ini? Mengapa? Adakah blog anda pun dah bersawang? Adakah anda masih ada blog kegemaran yang masih aktif menulis entri yang berkualiti? Ayuh kongsikan pendapat anda di ruangan komen.



10 comments:

YB Shehan said...

blog saya masih menarik untuk dibaca kihkihkih

Maryam said...

saya masih berusaha update blog walaupun tiada pembaca melalui email. cuma sekarang gagal update disebabkan telefon yang begitu smart rosak. huhu

amyzlie said...

Saya masih berblog. Kadang-kadang la tapi. :-)

wani ezryl * said...

setuju sgt. sy suka baca blog kawan2 sy, tapi ramai dah memencenkan diri. kalau check, ada lah 2-3 tahun blog diorang dah ditinggalkan. zaman blogging famous dulu, dengan blog jugaklah kita kenal kawan2 baru. rajin komen each other dalam blog, sampai jadi kamceng. sekarang ada yang dah hilang terus. nak contact balik pun blognya macam dah tak de orang haha.

tapi sy masih blogging, for the sake of future record. senang nak rujuk apa2 yg berlaku tahun2 yg lepas. contohnya tak ingat tahun sebelum ni balik raya haji kat mana, so boleh check. all hail blogs! xD

Apostolos Velios said...

still blogging. sebab kat blog kalau tulis panjang2 pun takde orang nak sound " tulis panjang-panjang sapa nak baca ? "

sakinah said...

hahaha. mine dead! kehidupan makin mencabar sekarang.. kos hidup meningkat kene kerja keras. xde masa nk duduk taip entry blog. lols

Faizal Rosly said...

YB: Assalamualaikum YB!

Maryam: hehe salah satu alasan untuk taknak update blog

Amyzlie: keep it up! or down

Wani: semoga berjaya

Apostolos: TULIS PANJANG-PANJANG SIAPA NAK BACA???

Sakinah: biarlah blog bersara dengan tenang

Harris H said...

still updating my blog,need to to keep close with technology and don't want to be left behind. I guess Malaysian blogs /bloggers have become mainstream and parroting things that are old and irrelevant.

The Sharkox said...

blog aku dah kira uzur dah ni.. berapa kali masuk spital.

Irda Garmin said...

Pendpat yang bernas..aku suka.aku baru start berblogging sejak 2015.sejak pakai nuffnang lagi aku kena sawan blogging .setiap hari bawak laptop even masuk toilet pun.tp cuma xdan nak online.irdagamin.blogspot.com..dan blog aku takkan mati selagi nyawa dan badan belum terpisah..menulis itu dakwah sepi,selain icome ia juga pahala pasif yg ko tinggalkan..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...