Monday, January 19, 2015

EKSKLUSIF: Produk Kecantikan dan Kesihatan Yang Anda Mungkin Tak Tahu

Hai apa khabar semua? Sebagai orang Melayu yang sejati, anda pasti tidak ketinggalan untuk menonton siaran langsung Anugerah Juara Lagu yang ke 29 (AJL29). Memang tidak dinafikan lagu-lagu yang di pertandingkan semuanya hebat-hebat dan berprestij, namun begitu apa yang turut menjadi bualan di media sosial tentang AJL29 adalah penaja utama rancangan tersebut, Vida Beauty. Sepanjang anugerah tersebut berlangsung, baik pengacara mahupun artis sibuk mempromosi produk kecantikan Qu Puteh, diselang-selikan dengan iklan daripada Anzalna yang dah sedia cantik, sebelum pengasas mereka Datuk Vida sendiri muncul untuk menggoda kita dengan pertanyaan beliau "Anda nak cantik? Nak putih?"


Laman web sosial seperti Twitter dan Facebook bagaikan meletup, rata-ratanya mempertikaikan keputusan penaja untuk memaparkan iklan secara bertubi-tubi kepada penonton. Kalau nak buat analogi, TV3 ni umpama membuat sesi 'tweet berbayar' di Twitter lah, orang dah bayar banyak, kau jalankanlah tugas mempromosikan produk walaupun diri sendiri tak percaya keberkesanan produk tanpa mempedulikan maklum balas negatif daripada audiens. So sepanjang malam kau terpaksa dengar Qu Puteh, Qu Puteh sampai terbawa-bawa ke mimpi basah. Tunggu, tahukah anda ada banyak lagi produk kecantikan dan kesihatan yang bertemakan 'Qu'? Ayuh teruskan membaca.

Qu Hitam

Jika ada Qu Puteh, pastilah ada Qu Hitam. Mentaliti yang mengatakan jika anda putih, anda cantik adalah salah. Ramai saja gadis-gadis mahupun jejaka di luar sana yang inginkan kehitaman pada pasangan. Qu Hitam adalah arang asli yang dihasilkan daripada kayu balak yang sumbernya adalah daripada pembalakan yang sah. Hanya perlu sapukan di bahagian mana yang berkenan, kehitaman itu akan menjadi milik anda. Harus dinyatakan di sini jika disapukan Qu Hitam di penis, hanya warnanya saja akan berubah, saiz akan tetap kekal Asia.

Qu Rap

Qu Rap adalah sejenis krim kecantikan kulit yang bertujuan untuk menghilangkan kurap di seluruh badan. Krim Qu Rap ini boleh disapukan di bahagian badan yang tercemar setiap kali selepas mandi, bergantung kepada berapa kali anda mandi sehari. Qu Rap menjadikan setiap inci tubuh anda sentiasa kelihatan awet muda, berseri dan bersinar bak mutiara. Mampu menghilangkan kurap dalam masa 7 hari sahaja! Tapi berhati-hati jika anda ada alergi, antara kesan sampingan yang mungkin anda alami adalah kecenderungan untuk menyanyi Rap secara tiba-tiba. Qu tanya apa khabar? Qu tanya apa khabar?

Qu Haider

Qu Haider merupakan singkatan kepada "Aku haid derrrr", iaitu ungkapan yang acapkali diungkapkan oleh gadis ketika mengalami PMS. Qu Haider adalah sejenis pil yang fungsinya seperti ponstan, iaitu pil tahan sakit yang diambil oleh wanita ketika mengalami masalah senggugut, cuma bezanya di sini Qu Haider tidak mengandungi bahan-bahan toksik yang membahayakan tiub fallopio. Selain itu, ejaannya yang seakan-akan 'Que Haidar' adalah untuk menarik minat pengguna yang tengah Google pelakon Que Haidar tetapi typo jadi Qu Haider lalu sampai ke laman web jualan dan lantas terus membuat pembelian akibat kelekaan.

Qu Quriqulum

Qu Quriqulum pula adalah sejenis minuman tenaga yang sasarannya adalah budak sekolah menengah. Biasalah dah besar bajet rebel ni malas sikit nak menyertai aktiviti kokurikulum. Mereka bagi alasan nanti penat, bagaimana nak belajar untuk PT3? Dengan adanya minuman Qu Quriqulum ini, mereka akan menjadi lebih bertenaga, tangkas dan ghairah untuk tidak ponteng kegiatan kokurikulum. Dah balik rumah pun masih nak buat kawad hos (kalau dia masuk Kadet Bomba) sebelum sambung menelaah pelajaran. Qu Quriqulum datang dengan pelbagai perisa buah-buahan seperti Langsat, Nangka dan Semangka.

Qu Mon

Tidak mahu kalah dengan teknik membaca dan mengira yang advanced daripada Jepun iaitu Kumon, Qu Mon dicipta untuk memberi saingan kepada Kumon dengan membantu minda kanak-kanak berkembang dengan menghubungkan sel-sel otak mereka. Cuma di sini mereka tidak mencipta teknik pembelajaran yang baru, sebaliknya Qu Mon adalah sejenis kismis minda yang telah didengarkan nasyid-nasyid berunsurkan kemanusiaan sejagat agar pemakannya dapat menyerap vibe positif daripada kismis tersebut.

Qu Semangat

Kadang-kadang sifat melatah ni boleh membuat kita aib. Contohnya kau sedang khusyuk mendengar khatib membaca khutbah Jumaat lepastu tiba-tiba ada lipas jalan depan kau. Terus melompat kau sambil menjerit KUS SEMANGAT! sambil meninju makmum sebelah akibat terkejut. Pil Qu Semangat ini berfungsi untuk merendahkan kadar keterkejutan anda sekaligus membuat anda menjadi lebih tenang, dan cool. Adalah amat digalakkan sekali untuk mengambil pil ini sebelum menonton filem Villa Nabila ataupun Misteri Rumah Tua.

Qu Kids

Untuk menarik minat anak muda, satu pendekatan yang unik harus diaplikasikan. Lagu Cool Kids dendangan Echosmith merupakan salah satu lagu terkini yang menjadi siulan remaja. Menggunakan melodi yang catchy dan diubah sikit-sikit chord nya, lagu Qu Kids sering berkumandang di radio berbahasa Malaysia di waktu kemuncak jalan tengah jem semua, sekaligus menghilangkan segala tekanan yang dialami. Mari kita singalong "I wish that I could be like the Qu kids, 'Cause all the Qu kids, they seem to fit in...."

Begitulah antara produk-produk 'Qu' yang lain di pasaran. Jika anda ada pengalaman menggunakan produk di atas ataupun produk 'Qu' yang lain, jangan lupa untuk tinggalkan testismonial di ruangan komen. Usahlah hanya tahu mengeji produk kecantikan 'Qu' disebabkan cara marketing yang agresif, sebaliknya kaji kesan positif yang pasti anda membuat anda lebih cantik dan anggun. Thank Qu. Btw Mojo semalam power bukan.

ini adalah entri parodi saya tidak dibayar oleh Datuk Vida untuk menulis entri ini

Tuesday, January 13, 2015

Percutian di Bali

Pembetulan: Tajuk di atas sepatutnya letak "Isteri Ada Conference di Bali So Apakata Kita Ikut Sekali". Hai? Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru. Semoga kalian panjang umur dan panjang organ reproduksi. Anyway pada minggu yang lalu kami sekeluarga telah pergi jalan-jalan di Bali. Mula-mula aku taknak ikut sebab aku takut naik kapal terbang lepastu jadi pulak kes kapal terbang Air Asia hilang. Ahh sudah. Tapi orang kata kalau nak mati masa tengah tulis blog pun boleh ma ....ti (Alhamdulillah umur masih panjang ketika menaip perenggan ni) so aku pun belilah dadah elak muntah agar tak memalukan keluarga di udara. Aryana yang first time naik kapal terbang pun berperangai lebih tenang daripada aku. Penerbangan ke Bali dari KLIA2 mengambil masa lebih kurang 2 jam 55 minit. Kalau naik jetski mungkin lebih lama perjalanannya. Ayuh teruskan membaca.

Conference Datillah dianjurkan di beach resort nombor 1 di dunia, The Mulia. Mula-mula ingat nak duduk kat sana tetapi setelah melihat harga bilik paling murah pun around 300 USD satu malam, terus aku terduduk di antara dua sujud. Dengan bajet yang kecil, kami membuat keputusan untuk tinggal di hotel di seberang The Mulia iaitu di Puri Nusa Dua. Bilik suite dia around 70 USD satu malam, kira ok lah tu. Servis mesra, cepat dan betul serta lawa pun lawa. Tak percaya boleh rujuk gambar-gambar di bawah. Breakfast dia so so je, tiada pork tapi nak makan rendang ayam pun was was juga hehe.




Kami tiba di Bali pada malam Rabu, so hari Khamis baru jalan-jalan. Oleh kerana ini bukanlah trip untuk bercuti semata-mata, maka tiada perancangan khusus yang dibuat untuk pergi ke mana-mana destinasi pelancongan, semuanya kami ikut supir (tour guide) yang bernama Abdul. Jikalau kalian ingin bercuti di Bali, aku cadangkan kalian contact supir ni di Whatsapp +6285238100135. Harga dia memang murah 390,000 rupiah je (RM110) untuk 4 hari. Rate bawa jalan-jalan ya, bukan rate untuk menyetubuhi beliau. Abdul memang knowledgeable kau tanyalah apa-apa semua pun dia boleh jawab termasuklah soalan Matematik Tambahan dan soalan Dragon Ball ada berapa biji? Yang paling bagus, dia ni Islam so dia tahu di mana tempat yang kita boleh pergi makan tanpa rasa was-was. Di Bali, 80% umatnya beragama Hindu. Mula-mula kami ingat nak makan the tempat makan popular Bebek Bengil (Dirty Duck) tapi Abdul kata dia masak babi juga, so di bawa kami ke kedai masakan Padang.

Nama kedai ni Rindu Rasa. Memang kena dengan namanya, masakan authentic Padang ini membuat kita rasa rindu nak datang lagi sebab memang sedap. Harga dia macam makan nasi campur kat sini je tak lah kena jual sebelah buah pinggang kalau nak makan di hotel. Macam-macam jenis lauk ada kau pilih je.



Selepas kenyang Abdul membawa kami ke kedai cenderahati yang popular. Di saat aku menaip perenggan ini, aku tak ingat pula apa nama dia. Maafla rakan sekerja, tiada bajet cenderahati untuk kalian hehe. Kat sini ada jual keychain, selipar, tshirt, sabun serta patung berhala. Tapi aku rasa kalian patut simpan duit dulu sebab kalau nak beli benda-benda sebegini lagi best kalau beli kat pasar di Ubud since di sini tak boleh tawar menawar.



Salah satu tarikan di Bali adalah pantainya. Supir membawa kami ke Pantai Pandawa. Sepanjang perjalanan, banyak benda yang kita boleh perhatikan di sini. Pertama, orang di Bali semua pemandu samseng hahaha. Brek jarang sekali digunakan, hanya bunyi hon yang banyak kedengaran. Jalan pun sempit, memang tak digalakkan lah kalau kau nak memandu di sini aku tengok ramai pelancong orang putih sewa motor ataupun lagi bagus kalau kau hire supir. Lepastu, mana-mana pun kita boleh nampak patung berhala, kuil serta bangunan tinggalan sejarah. Supir kata, bangunan di Bali tak boleh lebih 4 tingkat kerana mereka percaya tuhan mereka tinggal di gunung so tak mahulah ganggu tuhan mereka.

Kami sampai di Pantai Pandawa lewat petang, sempat lah tengok matahari terbenam. Pantai Pandawa ni bersih dan cantik, air dia sedikit biru dan ombak dia tiba-tiba jadi besar kat tengah so nak surfing pun boleh. Memang digalakkan bawa cermin mata hitam agar boleh tenung makwe orang putih berbikini tanpa segan silu.




Makan malam! Walaupun babi guling nampak menyelerakan, namun keimanan kami masih utuh dan supir membawa kami ke kedai masakan Sunda, Pawon Pasundan di Kuta. Kalau kalian nak preview makanan di bawah di Malaysia, boleh try makan di Cibiuk ataupun Anggrik Kuring. Aku makan Nasi Timbel Sapi Komplit. Memang banyak bakso mahupun bebek di tepi jalan, tapi risiko kena cirit-birit pun tinggi juga.


Di Bali, pukul 6 je dah terang macam pukul 8 di KL. Hari seteruskan adalah hari untuk Datillah present paper dia. Ada banyak masa lagi so Supir Abdul membawa kami ke destinasi pelancongan popular di Ubud. Kat Ubud macam-macam boleh buat. Kalau kau minat seni tarian dan kebudayaan kau boleh singgah di Barong. Berhati-hati kalau kau nak singalong dengan lagu dia takut terbatal pula Iman nanti.


Selepas itu kami dibawa di pusat melukis dan menjual batik 'Popiler Batik Factory'. Di sini kalian boleh melihat makcik-makcik yang berkain batik melukis batik menggunakan tangan, tak mainlah template cop batik. Mereka juga menjual barangan berasaskan batik seperti lukisan batik, baju batik kerajaan pada hari Khamis mahupun ular sawa batik.



Orang di Bali ni mungkin lahir-lahir terus dapat bakat melukis? Di sepanjang perjalanan kalian akan nampak galeri lukisan di tepi jalan. Aku tak buta seni pun nampak lukisan mengaku yang lukisan semua lawa-lawa.



Banyak lagi tempat menarik di Ubud ni seperti Kuil Monyet. Aku rasa The Amazing Race pun pernah datang area ni. Tapi supir kata tujuan utama orang pergi ke Ubud adalah untuk membeli-belah. Semua benda lah dijual di sini. Aku nak beli keychain penis kayu tapi wife aku tak merestui. Kau kena pandai tawar-menawar di sini. Kalau muka kalian memang dah iras-iras Indonesia lepastu pandai pulak nyanyi lagu Radja pasti akan dapat harga yang lebih murah. Harga pertama yang dia tawarkan selalunya kau boleh nego sampai separuh harga. By the way raja Ubud pun masih tinggal di area market ni cuma dia dah tak ada kuasa, kata supir.


Orang kata antara tempat wajib lawat jika pergi ke Bali adalah melihat sunset di Tanah Lot lepastu makan malam di tepi pantai di Jimbaran. Oleh kerana dah tak sempat nak pergi Tanah Lot, kami hanya singgah di Jimbaran. Fuhhh memang best makan seafood di ini dengan angin bayu membawa diriku sepintas lalu ke terkenangkan mu. Seafood dia rasa lebih kurang je macam kat sini, cuma dia punya ambiance berserta deruan pukulan ombak diselangi dengan nyanyian Hotel California daripada kugiran di tepi pantai tu yang mahal.


Keesokan harinya, kami pun pulang. Ending ringkat sebab sakit perut pula nak terberak. Anda pernah pergi ke Bali? Sila kongsikan pengalaman anda di ruangan komen sebab aku rasa patut kumpul duit plan betul-betul kita lawat semua tempat menarik di Bali ini. Ayuh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...