Wednesday, June 10, 2015

Definisi Cinta

Cinta. Apa itu Cinta? Adakah lengkap definisi cinta itu dengan sekadar ungkapan "Aku cinta padamu"? Adakah anda membenarkan teman lelaki menyeluk tangan ke dalam baju anda atas nama cinta? Definisi cinta itu luas, dan berbeza mengikut persepsi mereka yang dilamun cinta. Ada yang mempamerkan cinta melalui lafaz kata, ada yang menaburkan benih cinta dengan aksi luar biasa. Oh benih cinta di sini bukanlah hasil daripada ejakulasi. Cinta tak semestinya berlaku sesama manusia. Ada juga cinta terhadap haiwan ternakan, cinta terhadap pasukan bolasepak kegemaran mahupun lagu Cinta IT dendangan Siti Nurhaliza. Ok macam dah agak panjang intro rekaan aku ni, maka hari ini kita ingin melihat definisi cinta dalam kehidupan harian yang mungkin pasangan kita tak sedar. Ayuh teruskan membaca.

1) Cinta adalah mendengar dengan penuh minat dan mengangguk pada saat yang betul apabila wife kau bercerita benda yang dia dah cerita sebelum ini.

2) Cinta adalah menemani teman wanita menonton Pitch Perfect 2 di pawagam walaupun organ reproduksi kau memanggil-manggil untuk menonton Mad Max.

3) Cinta adalah menjawab "Wow macam Neelofa!" apabila pasangan tanya ok ke tak dia sekadar pakai tudung bibik untuk keluar berjalan-jalan.

4) Cinta adalah memuji setiap masakan isteri bertaraf Masterchef walaupun beliau sekadar membuat cekodok pisang di pagi hari.

5) Cinta adalah menyalahkan mesin basuh yang buat seluar jadi kecut apabila terdengar wife mengeluh kerana jeans beliau sudah ketat.

6) Cinta adalah memuji wife anda cantik ketika bangun dari tidur tanpa mempedulikan rambut kusut mereka yang macam jembalang.

7) Cinta adalah secara serius menyalahkan mesin penimbang rosak apabila terdengar isteri mengeluh sejurus selepas menimbang berat badan.

8) Cinta adalah menjawab "Mestilah awak" tanpa rasa ragu ketika ditanya soalan "Siapa lagi cantik, saya ke Jennifer Lawrence?"

9) Cinta adalah memuji gadis anda cantik walaupun sedang pakai bedak sejuk dengan baju kelawar seperti pontianak rasa nak paku di leher.

10) Cinta adalah bangun pada pukul 2 pagi apabila anak kau kejut sebab dia nak naik kuda.

11) Cinta adalah...... menyerahkan kulit ayam KFC awak kepada saya.

Begitulah antara definisi cinta kita terhadap pasangan. Kadang-kadang pasangan kita tak sedar kita sebenarnya cintakan mereka lebih daripada segala-galanya kerana kita jarang melafazkan ungkapan cinta itu dari mulut sendiri. Kongsikan juga definisi cinta anda di ruangan komen. Apapun ingatlah bagi pasangan bercinta yang belum berkahwin, ingin saya nyanyikan satu bait lirik daripada kumpulan Nasheed kegemaran In Team, "Sebelum diijabkabulkan syariat tetap membataskan..."



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...