Thursday, December 31, 2015

#2Kerja: Pilihan atau Paksaan?

Hai apa khabar semua? OMG SEKEJAP JE DAH NAK MASUK 2016! Adakah azam tahun 2015 sudah tercapai ataupun anda sekadar hangat-hangat tahi azam saja? Anyway, pihak Astro ada menghubungi saya dan menawarkan peluang untuk menulis entri di portal Astro Awani. Peluang untuk membuat jenaka hambar sambil mengumpat di audience yang lebih besar? Of course saya berminat. Saya pun tulislah satu artikel berkenaan dengan isu yang sedang hangat di media sosial ketika ini iaitu #2Kerja. Anda boleh baca artikel tersebut di sini: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/2kerja-pilihan-atau-paksaan-87340


Anyway, oleh kerana artikel tersebut akan dipublish kepada pihak umum, saya menghantar artikel yang lebih sopan, tetapi point dia tetap sama. Jangan bimbang saya akan memaparkan entri original di sini. Ayuh teruskan membaca.

Sebagai seorang pengguna tegar media sosial, anda pasti peka dengan isu hangat yang sedang melanda. Dari isu KimK tempatan hinggalah ke isu Kim K antarabangsa, semuanya menjadi topik bualan hangat di dalam group Whatsapp keluarga. Satu isu yang masih asyik dibahaskan di Twitter mahupun Facebook adalah berkenaan #2Kerja.

Alam maya sekali lagi bergelora berikutan dengan kenyataan seorang menteri tentang perlunya rakyat untuk membuat 2 kerja bagi menambah pendapatan demi menampung kehidupan. Untuk mengelakkan daripada mendapat dosa akibat mengumpat, nama menteri tersebut terpaksa dirahsiakan. Netizen menjadi berang bukan kerana kenyataan itu benar (ataupun salah), tetapi kurang senang dengan nada yang disampaikan seolah-olah kenaikan kos sara hidup adalah berpunca daripada diri sendiri, sekaligus rakyat yang terpaksa menanggung akibatnya. Netizen juga turut bengang dengan istilah 'netizen' itu sendiri, kalau boleh kita gunakanlah istilah lain.

Menteri tersebut menyatakan yang beliau sendiri ada 3 kerja iaitu sebagai Timbalan Menteri, Ahli Parlimen dan Ketua Penerangan. Beliau seolah-olah merendah diri kerana tidak menyatakan satu lagi pekerjaan beliau iaitu Pakar Nasi Goreng dengan resipi istimewa menyusun timun di kuali, kalah Gordon Ramsay ataupun juara MasterChef Selebriti Fazley Yaakob Asmara Ini. Lagipun rasanya beliau salah faham maksud kerja dengan jawatan. Tak apa, kita seharusnya menjadikan menteri tersebut sebagai sumber inspirasi, kerana tanpa kita sedari kita sebenarnya memang sudahpun melakukan #2Kerja. Contohnya, saya bekerja sebagai pegawai Teknologi Maklumat masuk kerja pukul 9 pagi dan balik ke rumah pada pukul 6 petang jika tiada kesesakan lalulintas. Di samping itu saya juga sibuk menjadi Admin untuk beberapa group WhatsApp. Nampak tak saya selitkan sedikit elemen komedi di situ.

Berbalik kepada isu asal, #2Kerja sepatutnya menjadi satu pilihan, dan bukannya satu keperluan untuk rakyat. Pilihan untuk mencari wang lebih dengan menjual kerepek pisang secara online untuk menampung perbelanjaan percutian ke Legoland, bukan sebab terpaksa meniaga di atas talian kerana tak mampu nak menanggung kos sara hidup. Lagipun, bukan semua orang berminat untuk pergi ke ruangan komen artis tempatan bagi mengiklankan produk pemutihan ketiak mereka demi menampung perbelanjaan harian. Di saat-saat sebegini, rakan-rakan MLM kita pun akan turut mengambil kesempatan untuk memperdayakan kita dengan menawarkan jalan mudah dengan menjana wang sambil tidur. Ada juga yang ikut saranan menteri nak buat #2Kerja pergi buka kedai vape, tiba-tiba dah kena suruh tutup pula. Rasa geram sampai nak tumbuk jiran secara tiba-tiba pun ada kan.

Benar, dari sudut positif kita mungkin boleh hidup dengan lebih 'senang' jika kita membuat #2Kerja, tetapi bak kata pepatah Inggeris "Quality is better than quantity". Ada banyak kerja tak semestinya kerja yang anda buat tu bagus. Semakin banyak benda kita nak fokus, ada kemungkinan kualiti kerja akan terjejas. Kita juga harus fikirkan tentang 'work life balance'. Siang kerja jurutera, malam memandu Uber, maka bila waktunya untuk kita bermesra dengan kucing dan anak-anak? Balik rumah lewat isteri pun ikut sama buat #2Kerja iaitu membebel dan membebel lagi.

Saya sebagai seorang rakyat seperti anda, sudah pasti saya turut rasa tempias kenaikan kos sara hidup ini. Syukurlah kena tempias, ada orang yang tak bernasib baik kena simbah terus. Kita boleh terus merungut tentang kenaikan kos sara hidup di media sosial, ataupun kita boleh merungut dalam bentuk artikel seperti ni. Hakikatnya, kita sendiri yang akan menentukan hala tuju hidup sendiri. Jangan biarkan diri anda terkesan dengan kenyataan-kenyataan kurang menyenangkan daripada mereka yang berada di atas walaupun mereka memiliki pointer 3.85. Bagi menutup perbincangan kita ini, saya ingin menyanyikan sedikit bait lagu nasyid popular In Team sebagai pembakar semangat "Bersabarlah sayang, saat indah kan menjelma jua..."

Ok tamat jangan lupa share artikel di Astro Awani itu agar mereka akan terus memberikan peluang untuk saya terus menulis. What about you guys? Adakah kalian setuju ataupun tidak dengan #2Kerja ni? Anyway thanks for your support guys I really do appreciate it. Selamat Tahun Baru! Jangan buat jenaka masuk tandas setahun ok.

Tuesday, December 22, 2015

Blogging is Dead?

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap yang hidup pasti akan mati. Setiap nafas yang dihembus, setiap degupan jantung aku selalu memikirkanmu. Sedikit Anuar Zain di situ. Hai apa khabar pembaca? Hari ini kita akan membincangkan tentang satu isu yang serius, benarkah 'blogging' sudah pulang ke rahmatullah dan tidak relevan lagi dalam kehidupan seharian? Isu ini melibatkan saya dan anda yang sedang membaca entri ini juga kerana anda pun mungkin ada blog yang sudah lama tidak dikemaskini password blogger pun dah lupa.

Blog hambar 'Yang Penting Rupa' diwujudkan pada tahun 2007, pada asalnya atas dasar pengaruh rakan sebaya, di mana aktiviti blogging ketika itu memang sesuatu yang popular. Semasa awal-awal pembabitan, fuhh idea mencurah-curah kalau boleh tiap-tiap hari nak update blog. Beberapa tahun kemudian, bilangan entri semakin berkurang umpama jemaah solat terawih nak time dekat-dekat raya. Jika anda klik blog link kawan-kawan saya di sidebar tu, semua dah tamat riwayatnya. Hari ini kita akan membincangkan faktor-faktor umum mengapa aktiviti blogging ini semakin pupus. Ayuh teruskan membaca.

1) The Rise of Social Media

Ini adalah punca utama mengapa blog dipinggirkan. Dengan wujudnya laman media sosial seperti Twitter dan Instagram, kita boleh menyampaikan apa yang hendak disampaikan tanpa perlu menaip panjang-panjang macam entri aku ni. Kat Twitter aku just taip "Blogging is dead. Why? #Malas #Penis". Aku rasa inilah sebab aku update blog 2 bulan sekali sebab ketagihan Twitter haha. Lepastu dah rasa macam eh lama tak update ni kau pun buatlah kompilasi tweet kau lalu muat naik di blog. Recycle diri sendiri ouch.

Samalah juga macam Instagram. Bak kata pepatah Inggeris, 'A picture is worth a thousand words...'. Satu gambar selfie boleh disertakan dengan quote inspirasi kehidupan yang fana yang tiada kena-mengena. Satu gambar bogel kita memang beribu-ribu orang akan membincangkannya sambil buat aksi solo berdosa. Ok ok analogi saja aku so far tak ada gambar tak senonoh lagi.

Di era teknologi maklumat, semua benda pun orang nak pantas dan cepat. Berita atau maklumat boleh disampaikan dengan hanya 140 karekter, so orang tiada masa nak baca blog panjang-panjang, tiada masa juga nak karang ayat panjang-panjang. Punyalah pantas kan sampaikan share pun sepantas Watson Nyambek juga. Nampak berita manusia memasukkan zakar ke dalam orang utan sampai mengandung, fuhh share share bila dah sedar realiti sebenar terus cakap 'kita tak boleh lawan ketentuan Tuhan'.

2) Hilang Punca

Hilang Punca ni bukan merujuk kepada blog Pipiyapong yang popular satu ketika dahulu. Kenapa satu ketika dahulu? Sebab sekarang dah hanyut dibawa arus kemodenan. Tiada kaitan dengan arus kemodenan pun saja je nak letak peribahasa tu. Begitu juga dengan blog-blog lain yang aku gemar baca seperti blog kelakar nak arwah Jebonisme, the thought provoking (or just provoking) F.O.A, blog Refurbished Journey dan bermacam-macam lagi yang dah tak aktif. Kena tanya juga mereka, kenapa dah berhenti blogging?

Sesetengah orang tulis blog untuk kepuasan diri. Ada orang menulis sebagai diari. "Hari ini saya pergi ke kedai untuk membeli aiskrim. Kemudian saya ternampak crush saya. Hati saya berdebar-debar..." (contoh blog jadi diari). Ada blog diwujudkan sebagai lambang percintaan semata-mata. Kat alamat dia tulis 'warkahcintashuhud.blogspot.com' so hari-hari dia update pasal percintaan dia di alam maya letak gambar yang orang lain akan jadikan Relationship Goals. Tapi bila dah ditinggakan boleh teman wanita, Shuhud pun patah hati dah berhenti menulis blog. Tiada sebab lagi untuk dia menaip panjang-panjang tentang sesuatu yang tidak lagi menarik minatnya. Semoga contoh kegagalan percintaan Shuhud menjelaskan tentang point 'hilang punca' untuk blogging ini.

3) Selling out?

Ada orang menjadikan blog khas untuk menjana pendapatan, which is great sebab kita tahu mereka akan komited dalam membekalkan entri yang mengandungi maklumat yang berkualiti untuk buat orang nak datang lagi. Ada juga yang bermula dari bawah, berterusan tulis entri yang mantap kemudian secara perlahan-lahan menjadi popular, sebelum ditawarkan untuk menulis entri berbayar. This is fine of course, yang menjadi masalah adalah apabila mereka menulis semata-mata mahukan wang dan perlu ikut telunjuk si pembayar iklan. Sedikit demi sedikit, identiti pun hilang, pembaca tetap pun bosan asyik disogokkan dengan iklan pemutihan ketiak bila mereka datang nak baca kisah hidup kucing kau yang comel.

So point ini lebih nampak kesannya ke arah pembaca blog sebenarnya. Penulis tiada motivasi, pembaca lari, blog pun mati. Yang hidup dan kekal popular hanyalah blog-blog gosip artis "Rasnoh Met Ariz Mengidam Nasi Kangkang", blog-blog dengan headline clickbait "Anda Tidak Akan Percaya Apa Yang Berlaku Dengan Penis Lelaki Ini Selepas Disapu Minyak Rambut", mahupun blog yang memaparkan kisah-kisah yang viral di media sosial di mana kita boleh lihat pergaduhan manusia di ruangan komen seperti "Pandai pun tak guna kalau tak pakai tudung..." Tiada lagi interaksi, tiada lagi diskusi. Blogger yang masih aktif pun jadi makin tak bersemangat sebab yang tinggal hanya kanak-kanak garang di Internet yang gagah di sebalik keyboard.

4) Hangat-Hangat Tahi Adam

Jika anda pernah ada blog lepastu berputus asa selepas beberapa entri katakan HO! Haha orang nak tulis blog dia pun nak tulis blog. Letak Nuffnang ke Adsense ke lepastu suruh kawan-kawan klik. Lepastu kantoi. Dia ni macam durian crepe ataupun aiskrim pasu la, sekejap je kau rasa benda tu best.

5) Komitmen

Kualiti > kuantiti. 1 entri power sehari lagi gagah daripada 5 entri menjelaskan aktiviti kau di rumah dalam masa sehari. Tapi itu sebenarnya alasan saja konon-konon nak taip entri berkualiti sebenarnya tak ada idea pun. Bila idea power dah datang, tiada masa pula. Lepastu kahwin, lepastu ada anak. Malam dah mengantuk bila nak menaipnya? Basically aku cakap pasal diri sendiri la ni.

6) Is Blogging Dead? Why?

Aku ada juga tanya followers di Twitter soalan yang sama, rata-rata memberikan pendapat yang serupa:



Begitulah antara sebab-sebab mengapa 'scene' blogging ini sudah semakin suram. Kalau tanya kat aku, is blogging dead? I'd say yes, at least dari pihak yang menulis, berdasarkan pengalaman sendiri serta faktor-faktor di atas. Tapi bak lagu popular Celine Dion, My Blog Will Go On, Yang Penting Rupa tidak akan mati cuma bila nak update je yang jadi misteri. Bagaimana dengan anda? Adakah anda setuju dengan kenyataan 'Blogging is dead' ini? Mengapa? Adakah blog anda pun dah bersawang? Adakah anda masih ada blog kegemaran yang masih aktif menulis entri yang berkualiti? Ayuh kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...