Thursday, January 7, 2016

Cadangan Untuk Datuk Seri Vida


Satu nama yang semakin gah meniti di bibir masyarakat adalah Datuk Seri Vida. Tak kiralah golongan tua mahupun muda, masing-masing sibuk mengumpat tentang kekayaan dan keperibadian pengasas produk kecantikan Qu Puteh ini. Buka saja TV, kita pasti akan nampak iklan Qu Puteh dengan senyuman menggoda Vida! Kembalikanlah Semangatku! Walaupun ada pihak yang mengecam teknik pemasaran Datuk Seri Vida yang dikatakan ‘agresif’ ini, kita tak boleh nafikan yang pendekatan yang beliau gunakan ternyata berkesan. Ayuh teruskan membaca.

Jika anda sering membaca berita, anda pasti tahu yang Datuk Vida mahu menaja pasukan bola sepak Kelantan. Syarat dia mudah saja:

1) Cat stadium warna pink
2) Tukar Nama jadi Pamoga Qu Puteh The Red Warriors

Khabar angin mengatakan ada lagi beberapa syarat tetapi ditolak seperti menukar warna flare kepada merah jambu dan setiap pemain mesti memakai set kecantikan Qu Puteh agar tampak lebih ayu dan cerah ketika siaran secara langsung di televisyen.

Come on kalau bagi tajaan berjuta-juta aku pakai spender pink ropol-ropol pun aku sanggup (orang tak nampak pun). Dengan sumber kewangan yang beliau miliki, banyak jenis tajaan yang beliau boleh tawarkan untuk membantu masyarakat, dengan syarat pihak yang ditaja menurut permintaan DS Vida. Maka di sini saya ingin memberi cadangan kepada DS Vida tentang produk ataupun servis yang beliau boleh wujudkan demi kebaikan bersama.

Qu Qahwin

Sekarang ni kat media sosial, netizen banyak bergaduh tentang benda yang orang lain muat naik di akaun FB ataupun IG mereka sendiri. Cikai mak lampir aku pun dah guna ayat netizen. Kahwin grand dituduh riak dan membazir, kahwin simple dituduk riak juga sebab simple dan kedekut. Patutnya kau kahwin jangan jemput orang dan jangan upload gambar, barulah orang tak boleh nak bash.

Di sini DS Vida boleh menawarkan tajaan perkahwinan terhadap orang ramai. Nak kahwin muda lepas SPM tak perlu lagi menyusahkan keluarga. Nak kahwin tua pun tak perlu guna wang KWSP. Daripada wang hantaran sehinggalah ke kenduri, semuanya ditaja DS Vida. Syaratnya, baju kahwin kena warna pink. Minuman time kenduri pastilah air bandung. Lepastu setiap kali ambil gambar, pihak pengantin wajib meletakkan jari kelingking di bibir. Wow mudahnya!

Biasiswa Pamoga

Konsep biasiswa ni samalah macam apa yang ada sekarang. Pelbagai jenis biasiswa yang ditawarkan oleh syarikat seperti TNB ataupun Maxis. Mereka taja pengajian kau di Universiti, lepas dah bergraduasi terus terikat dan kena bekerja dengan mereka.

So untuk Biasiswa Pamoga ni, DS Vida akan sponsor semua yuran repeat semester anda, tapi lepas graduate kenalah bekerja dengan Qu Puteh. Rumah dia ada 17 kau ingat rumah tu akan divakum dengan sendiri? Kereta dia ada 20 kenalah ada orang pergi hantar servis juga. Tak pun kau kena jadi test subject untuk setiap produk dia. Risiko memanglah risiko tapi takkan kalian taknak berkulit cerah berbibir mungil dan tebal. Eh tapi apasal untuk universiti saja patut expand sampai ke tahap tadika. Kau ingat Montessori Islamik ataupun Tadika Kismis Minda ni semua murah ke.

So ada cadangan tajaan lain tak? Amboi-amboi senangnya hidup jika orang yang sponsor. Kita patutnya tak perlu rasa iri hati dengan kejayaan dan kekayaan DS Vida ni, sebaliknya mengambil inspirasi dengan kisah hidup beliau. Apa yang dikecapi ni hasil usaha beliau sendiri, bukannya lahir-lahir terus dah ada kilang kosmetik. Kalau still tak puas hati mudah saja, kau beli produk rival dia si terlajak laris tu ataupun kau ambil dedaun di halaman rumah, tumbuk dalam lesung batu dan sapukan ke muka. Nampak tak aku backup DS Vida ni sebenarnya niat aku nak bagi dia baca cadangan aku ni lepastu sponsor aku. Aku tiada masa nak menurut saranan Ahmad Maslan untuk buat #2Kerja dan #TambahPendapatan.



6 comments:

Hikaru Yui said...

Qu Qapan.

nak mati pun mahal la ni sampai ada kariah charge dekat 900 ringgit.

kalau ada penaja tak sakit kepala sangat nak mati.

syarat apa? kain kapan kaler pink?

=p

Faizal Rosly said...

@hikaru haha nanti keluar kat Mastika "Pocong Merah Jambu Bangkit Dari Kubur??"

Mohd Farhan Yahaya said...

Qu Sado.
Untuk abam2 sado, hehehe.
Sponsor la supplement & gym membership utk abam sado, letak syarat gym, semua dumbell & mesin angkat berat kaler pink, seluar dgn shirt gym pun kaler pink. Aku pun sanggup janji smua supplement dgn gym membership fully sponsored. Hehehe

Faizal Rosly said...

@paan haha supplement dia kau kena makan produk Qu Otot la

jojo87 said...

Qu-adratic

tajaan kelas tusyen matematik. Dgn syarat datang kelas tusyen pakai baju kaler pink

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...