Sunday, January 24, 2016

EKSKLUSIF: Alami Penjimatan Dengan Kad Pintar La Genius Saver

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jika anda mengambil masa memerhatikan status rakan-rakan anda di media sosial, anda pasti akan nampak ayat-ayat keluhan tentang peningkatan kos sara hidup. GST, kenaikan harga barang, ditambah pula dengan komitmen bulanan yang sedia ada, tidak hairanlah ada pihak yang terpaksa membuat #2Kerja seperti yang disarankan menteri.

Secara jujurnya kehidupan saya pun terjejas juga dalam keadaan ekonomi sebegini. Namun begitu, saya berusaha untuk mengubah nasib saya sendiri, bukan asyik komplen di Facebook. Anda mungkin pernah dengar dan lihat testimoni tentang produk Kad Pintar La Genius Saver. Kad ajaib ini dapat membantu kehidupan kita dengan menjimatkan penggunakan elektrik dan petrol. Wow! Ok saya boleh nyatakan keberkesanan kad pintar ini menggunakan fakta saintifik dengan istilah-istilah advanced yang nampak macam direka, tapi lebih baik jika saya letakkan gambar testismoni terus!



Tahukah anda, kad pintar ini ada banyak lagi fungsi lain yang orang tak sedar yang boleh membantu kehidupan? Ayuh teruskan membaca!

1) Menjimatkan kredit

Sesungguhnya percintaan itu banyak menghabiskan wang, lebih-lebih lagi kalau kita masih belajar. Sebelum kelas nak breakfast sama-sama, lepastu nak kena belanja pasangan tengok wayang, malam pula nak bergayut manja rindu nak dengar suara walaupun seharian dah jumpa. Perbualan telefon akan menjadi lebih panjang jika tiba-tiba terjebak dengan aktiviti zina di atas talian, ataupun time nak letak masing-masing tak mahu letak sebab tak sampai hati nak cakap bye dan letak dulu.

Time belajar, biasalah masih pakai prepaid. Takkan nak habiskan wang PTPTN membeli topup saja bukan? Di sinilah kad pintar La Genius Saver memainkan peranannya. Ketika sedang bermadu asmara di telefon dengan pasangan, pastikan anda menekapkan kad La Genius Saver di telefon. Kredit anda akan menurun dengan perlahan sekaligus anda pasti sempat mengecapi kemuncak syahwat percintaan sebelum kredit habis ketika bercakap. Sedikit penjelasan, kredit yang digunakan boleh dikawal dengan TENAGA ION NEGATIF yang telah dicas pada kad tersebut. Ion negatif ini dapat memperlahankan kadar sedutan kredit dan mengurangkan radiasi elektromagnetik yang berbahaya daripada telefon pintar.

2) Digunakan sebagai kad diskaun

Kad Pintar La Genius Saver ini boleh digunakan sebagai kad diskaun di sesetengah kedai untuk membeli produk yang terpilih seperti Air Ajaib Al-Khodafi yang telah dibacakan dengan 30 Juzuk, serta Madu Ruqyah Dara yang didengarkan dengan lagu nasyid kontemporari untuk menyerap mesej positif.

Namun bagi saya, fungsi utama kad ini adalah digunakan sebagai kad Touch and Go di plaza tol dan tempat parking di kompleks membeli-belah. Jika anda guna di plaza tol, ada kemungkinan ion negatif yang disimpan di dalam kad dapat menyerap masuk ke processor dan pergerakan molekul ion boleh membuatkan sistem keliru dan anda boleh membayar tol dengan harga lama sebelum kenaikan harga tol baru-baru ini.

3) Membakar lemak berlebihan

Berita baik buat mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Kad Pintar La Genius Saver mampu membakar lemak berlebihan tanpa perlu senaman mahupun menjaga makan. Anda hanya perlu menggosok kad La Genius di mana-mana permukaan yang kesat seperti karpet, kemudian tekapkan kad tersebut di bahagian lemak yang mahu dihapuskan. Atom-atom di dalam kad akan bergetar dan memecahkan molekul-molekul lemak. Selalunya orang akan guna di bahagian 'double chin' dan perut.

4) Menjadi popular di media sosial

Sebenarnya dengan hanya memuat naik gambar anda menggunakan kad pintar ini di media sosial pun sudah boleh membuat anda popular. Ramai orang yang skeptikal dengan keberkesanan produk ini lalu mereka pun mengumpat serta cuba mengaibkan anda di Twitter dan Facebook. Apa yang mereka tak tahu sebenarnya adalah mereka telah memberi pendedahan percuma tentang produk ini sekaligus meluaskan 'network' anda untuk mendapat lebih banyak downline.

Sebelum anda memuat naik apa-apa di Facebook, Twitter dan Instagram, pastikan anda memasukkan kad pintar La Genius Saver ini ke dalam slot card reader di laptop anda. Ion negatif yang disimpan di dalam kad mampu menaikkan bilangan 'Likes' ataupun 'Retweet' yang anda terima sekaligus memenuhi cita-cita anda untuk menjadi seorang 'Tweetfamous' ataupun Selebriti Media Sosial.

5) Mengekalkan keharmonian rumahtangga

Kadang-kadang bila penat balik kerja, kita hanya mahu duduk lepak di atas katil tanpa buat apa-apa kecuali bernafas. Namun begitu konsep perkahwinan tidak semudah itu. Baru saja kita nak lelapkan mata pasti akan kedengaran ngauman isteri menyuruh kita untuk buat itu ini. Memang sudah menjadi tanggungjawab seorang suami untuk membantu isteri, tetapi tak mustahil ada sehari kita akan rasa terjengkel sebab isteri membebel berterusan umpama part rapping dalam lagu Awas dendangan KRU.

Dengan Kad Pintar La Genius Saver ini, kebahagiaan rumahtangga dapat terus dikekalkan. Tatkala anda rasa macam isteri anda mahu mulakan sesi bebelan tidak bertempat, anda cepat-cepat tempel kad pintar ke mulut isteri anda dan isteri anda akan terpinga-pinga lalu membatalkan niat untuk memarahi anda. Tiada penjelasan saintifik di sini, kerana memang susah nak buka mulut jika ada kad melekat.

Berdasarkan contoh-contoh di atas, adakah anda sudah bersedia untuk mengubah hidup anda? Bebaskan diri anda dari belenggu hutang dengan pendapatan sampingan dengan modal yang rendah. Anda kini boleh duduk rumah goyang kaki dan menggoncang testis sambil menjana wang, di samping berjimat cermat dengan Kad Pintar La Genius Saver! Impian untuk menghantar mak pergi haji juga akan tercapai. Tinggalkan emel anda di ruangan komen dan saya akan hubungi anda! Oh jika ada fungsi lain La Genius Saver yang saya tidak sebutkan, silalah kongsi bersama.

ini adalah entri parodi kalian janganlah join betul-betul pula...




5 comments:

Aishah Aziz said...

perlu jaga-jaga jangan sampai tersimpan kad ini dalam wallet. nnt terdiskaun bilangan duit pula.

Faizal Rosly said...

@Aishah harap saudari tidak cuba memfitnah produk kami. kad ini sepatutnya menjana wang, bukan mengurangkannya!

Unknown said...

serius ada orang percaya.????????????????????
oh well sampai laa ni pon ade orang percaya bumi ini leper..

Anonymous said...

Gud job bro, produk yg bermutu tinggi, & berkualiti! Mampu memberikan hasil yg lebih berpanjangan tanpa perlu risau faktor waktu, cuaca, tempat, & lubrication! Kipidap!! XD

Kepada rakan2 yg blom join lagi boleh cuba try dulu! XD

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...