Thursday, January 14, 2016

Pengaruh Drama Cinta Melayu Terhadap Masyarakat

Sejak akhir-akhir ini, aktiviti membaca novel cinta Melayu semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat. Kenyataan ini dibuat berdasarkan lambakan novel cinta Melayu di kedai buku dengan tajuk-tajuk yang bisa membuat anda terbang di udara ataupun rasa nak hantuk kepala di bucu katil, bergantung kepada minat anda terhadap novel tersebut.

Kepopularitan novel ini mendorong penerbit drama untuk mengadaptasikan novel tersebut menjadi drama cinta. Saban hari, kita boleh lihat banyak siri televisyen Melayu hasil daripada adaptasi novel yang ditayangkan di Astro mahupun stesen TV tempatan, muncul bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Fenomena ini menimbulkan satu persoalan; bagaimanakah drama cinta Melayu ini mempengaruhi masyarakat? Hari ini kita akan membincangkan impak drama cinta dari sudut positif mahupun negatif.

Produktiviti Kerja Meningkat

Kita yang selama ini suka duduk goyang kaki melengah-lengahkan kerja, tiba-tiba menjadi produktif. Waktu rehat dipendekkan, sesi mengumpat dengan rakan sekerja pun ditangguhkan. Segala kerja mesti disiapkan sebelum pukul 6 petang. Pukul 5.45 petang, kita dah siap tunggu depan pintu pejabat dengan tangan menggigil-gigil mahu ’tag out‘. Semuanya kerana tak mahu terlepas drama cinta kegemaran yang bermula pada pukul 7 malam. Kalau anda nampak ada orang memandu laju pukul 6 tu, berilah laluan untuk mereka pulang menonton drama kegemaran.

Tanggungjawab terabai?

Kalau cerita dah mula pukul 7, azan Maghrib kadang-kadang kita buat tak dengar saja. Cerita habis pukul 8 barulah kita acah-acah terkejut waktu solat dah nak habis dan kita pun solat dengan kepantasan Usain Bolt. Jika anda seorang surirumah, jangan lupa siapkan makan minum untuk suami dan anak-anak terlebih dahulu. Tak mahulah tengok cerita ‘Isteri Separuh Masa‘ di Astro lakonan Emma Maembong dan aplikasikan tajuk tersebut dalam kehidupan sebenar.

Peningkatan Interaksi di Media Sosial

Jika anda melihat kenalan anda di media sosial tiba-tiba memuat naik status seperti “OH KACAKNYA“ ataupun “PELUK DAKU DALAM RANGKULAN HANGATMU“, sudah nyatalah beliau sedang menonton drama cinta kegemaran sambil buat kemaskini secara langsung. Peminat siri tersebut akan bertukar-tukar pendapat, teori, serta mengadakan perbincangan serius setiap kali tamat satu episod di Facebook mahupun Twitter.

Tak kurang juga yang menukar gambar profail kepada gambar hero dan heroin. Contohnya semasa siri Suamiku Encik Sotong ditayangkan di Astro Ria dan Maya HD, netizen berpusu-pusu menggunakan gambar profail hero Sharnaaz Ahmad yang tegap mahupun versi sotong lembut.

Memupuk Minat Membaca

Percaya atau tidak, dengan hanya menonton drama cinta Melayu, semakin ramai orang yang mula menanam sifat suka membaca. Jika sebelum ni masyarakat sekadar membaca susur masa Twitter, kini mereka mula memberi perhatian terhadap novel cinta Melayu. Ini kerana mereka tak sabar nak tunggu kesudahan drama yang mereka tonton, di samping mahu mengkaji adakah siri di televisyen itu benar-benar mengikut plot di dalam novel. Segala perbezaan mahupun persamaan jalan cerita akan dibawa berbincang dalam group WhatsApp novel cinta nanti.

Industri Muzik Berkembang

Dalam setiap drama cinta Melayu, satu elemen yang penting bagi menaikkan kepopularitian sesuatu siri adalah lagu tema siri tersebut. Antara lagu tema yang paling meletup adalah lagu tema untuk siri Adam & Hawa lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa di Astro Mustika. Lagu itu bertajuk Muara Hati dendangan Hafiz AF dan Dato‘ Siti Nurhaliza.


Lagu Muara Hati memang popular sehinggakan ramai peminat fanatik yang menjadikan lagu tersebut sebagai nada dering telefon, mahupun bunyi jam loceng untuk bangun tidur. “DEMI CINTA DALAM HATIKU...“ saya pasti anda membaca bait lirik tersebut dalam bentuk nyanyian.

Memenuhi Fantasi Percintaan?

Penulis novel yang baik pasti bijak memilih tutur kata untuk bermain dengan emosi pembaca. Bergantung pada tema novel itu, audiens setiap novel itu mungkin berbeza-beza. Anda mungkin seorang remaja memberontak yang hanya ingin dicintai, ataupun suri rumah yang suaminya sibuk bekerja dan sudah tidak romantik seperti zaman bercinta dulu.

Drama cinta hasil adaptasi ini seringkali dijadikan medium untuk memenuhi fantasi percintaan yang kadangkala tak realistik. Tak bolehlah kita sentiasa mengharapkan teman kita membisikkan kata cinta sambil menolak rambut ke belakang telinga. Impak paling besar jatuh kepada kaum lelaki apabila gadis mereka telah menetapkan jangkaan tinggi tentang layanan yang harus mereka terima. Nak ikut drama cinta 100% pun bukan boleh sangat kerana plot mereka lebih kurang sama, kahwin paksa lama-lama jatuh cinta.

Nama anak berdasarkan watak drama

Menamakan anak berdasarkan nama watak hero dan heroin siri televisyen popular memang sudah menjadi trend masakini. Contohnya semasa drama Adam & Hawa sedang popular, ramai ibu bapa menamakan anak mereka Adam Mukhriz dan Ain Hawani. Kalau ada guru mengadu nama anak murid mereka susah untuk disebut, ada kemungkinan nama seperti Nora Elena, Zafriel, mahupun Shuhud Irfani diilhamkan berdasarkan watak drama cinta popular.

Apa yang tertulis di atas adalah berdasarkan pemerhatian sekeliling dan pengalaman sendiri. Berdasarkan sindrom-sindrom di atas, adakah anda merupakan salah seorang peminat fanatik drama cinta Melayu?

(Ini adalah artikel yang ditulis untuk Astro Awani: http://www.astroawani.com/berita-hiburan/7-kesan-pengaruh-drama-adaptasi-novel-cinta-melayu-89108 )



2 comments:

wani ezryl * said...

teringat zaman sekolah dulu mmg byk buku2 DBP.. buku2 ni elok dibaca untuk meningkatkan kosa kata & tatabahasa. novel2 jugak diharap dapat beri kesan yang sama (kalau nak tgk dari sudut positif 'membaca jambatan ilmu' tu). cuma kadangkala kalau tgk, ada jugak novel yg tatabahasa, ayat tak betul.. diorang main tulis je. last2 baca je lah sebagai hiburan. nak contohi ayat novel utk buat karangan esei kat sekolah tu, jangan :P

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...