Wednesday, June 15, 2016

Fesyen Tudung Raya Popular 2016

Hai apa khabar semua? Bagaimana Ramadan anda setakat ini? Adakah anda sekadar berpuasa lapar dan dahaga sebab tak mampu menahan diri daripada menonton Game of Thrones dari terbit fajar siddiq hingga terbenam matahari? Ataupun asyik mengeluh di media sosial sebab rakan sekerja bukan Muslim anda makan karipap Ikea tapi tak ajak anda? Apapun anda perasan tak masa berlalu dengan pantas di bulan Ramadan ini; bukan sebab keimanan yang kukuh ke apa tapi sebab anda kuat tidur. Sedar-sedar esok lusa dah nak raya.

Apa?? Dah nak raya? Oh my god tudung raya tak beli lagi! Usah risau gadis-gadis dan sesetengah arbok yang bertudung, kali ini saya akan berkongsi fesyen tudung terkini yang masih belum popular di Lembah Klang yang bisa membuatkan para jejaka menoleh kali kedua sambil berkata Subhanallah. Ayuh teruskan membaca.

1) Valak by The Conjuring People

Conjuring People adalah syarikat tudung yang semakin popular masa kini. Bermula dengan menjual secara online, Conjuring People kini telah membuka beberapa buah kedai termasuk di hub hijabster popular Bangi Sentral. Sempena Aidilfitri kali ini, Conjuring People telah mengeluarkan satu rekaan khas yang diberi nama Valak. Tudung Valak ini dicipta khas untuk menimbulkan elemen misteri dan seram di hari raya pertama, bertujuan untuk menakut-nakutkan kanak-kanak agar tidak meminta duit raya daripada anda.


Anda akan dapat rasa kehebatan tudung ini apabila anda turut mengenakan teknik The Contouring pada wajah dan pergi ke kubur di pagi raya dan ramai orang akan histeria dan membaling bunga rampai ke muka anda.

2) Apocalypscarves

Apocalypscarves adalah jenama tudung elit hasil keluaran Fashion Belek. Tudung ini adalah hasil tangan pereka fesyen terkenal dari Sabah, En. Nur. Kelebihan tudung ini adalah kebolehan untuk meregang (betul ke ayat ni) sesuka hati berdasarkan saiz kepala anda. So senangla kalau nak dijadikan sebagai hadiah. Tudung ini mampu mengeluarkan ilusi optik yang membuatkan orang hormat anda. Apocalypscarves hanya dikeluarkan dalam satu warna saja iaitu biru tua.


3) Septa Unella

Tudung Septa Unella mula dipopularkan oleh pengikut ajarat sesat Faith of the Seven, saudari Unella. Walaupun Faith of the Seven telah diharamkan oleh JAKIM, gaya pemakaian tudung beliau semakin mendapat tempat di kalangan hijabster tempatan.


Nampak seperti tudung Septa Unella ini susah untuk dililit, namun apa yang masyarakat tidak tahu adalah tudung ini jatuh dalam kategori tudung senang pakai. Hanya perlu sarung saja tanpa perlu melihat tutorial di Youtube. Gadis-gadis yang memakai tudung ini akan dilihat seperti seorang angkuh, jangan sekali-kali anda mempermainkan perasaan mereka kerana nanti mereka akan membuka aib anda di khalayak ramai sambil membunyikan loceng.

4) Reylofar

Reylofar adalah antara tudung yang paling mendapat sambutan di kalangan masyarakat Melayu. Tudung ini bukan saja manis untuk dipandang, malahan tudung ini dijahit dengan material tahan lasak serta memiliki fungsi tersendiri yang memudahkan kehidupan. Wow! Jika tudung Faridah memiliki batu permata yang boleh berkelip-kelip merah jambu untuk menunjukkan anda sedang berovulasi, tudung Reylofar ini dicipta untuk gadis-gadis berhari raya secara aktif dan agresif.


Tudung Reylofar dilengkapi dengan satu set goggle khas untuk anda yang berhari raya di padang pasir ataupun di Gurun, Kedah. Kalau tengah menghadiri rumah terbuka lepastu tiba-tiba ribut pasir datang menyerang, anda tidak perlu lagi lari bertempiaran sebaliknya anda boleh terus duduk tenang menikmati juadah istimewa di hari raya.

Scene tudung tempatan sekarang memang berkembang pesat, dan gadis-gadis hanya mahukan jenama yang terbaik untuk melilit kepala mereka. Namun begitu ada kemungkinan anda bakal terserempak dengan gadis-gadis yang memakai jenama dan corak tudung yang sama. Untuk mengelakkan situasi kurang senang sebegitu, jadilah seorang trendsetter, dan pakailah tudung-tudung unik di atas di Aidilfitri hari bahgia hari yang mulia mohon maaf bersama dipinta.



7 comments:

eima said...

hahaha ....

Harris H said...

hahaha...rofl...Relofar...in a galaxy ,far, far away

wani ezryl * said...

hahaha zomg tudung raya pun tak beli lagi *keluarkan duit beribu di ATM untuk membeli tudung batu-batan mahal* :'D

Zafirah Nazri said...

Hahahaha ,aduhhh mcm mcm lah

Zafirah Nazri said...

Hahahaha ,aduhhh mcm mcm lah

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...