Friday, May 26, 2017

Despacito versi Melayu

Hai apa khabar semua? Tahukah anda esok dah nak puasa? Sebagai persediaan untuk bulan Ramadan, sudahkah kalian membuang stok video berdosa daripada hard disk? Ataupun kalian menambah stok mee segera di dalam almari? Astaghfirullahalazim. Anyway, jika anda jenis ambil tahu tentang muzik mainstream, satu lagu yang sedang trending meniti di bibir gadis-gadis dan jejaka separa lembut adalah Despacito. Apa itu Despacito? Despacito adalah dialek daerah Rembau, Negeri Sembilan yang bermaksud what's up? ataupun apo cito? Ok ok serius Despacito adalah single daripada seorang penyanyi yang berasal daripada Puerto Rico iaitu Luis Fonsi, featuring Daddy Yankee. Sumpah tak kenal siapa kan namun begitu satu remix telah diterbitkan dengan memaparkan Justin Bieber di bahagian vokal, sekaligus menyebabkan lagu ini disebarkan oleh para Belieber. Jika anda tak pernah dengar, sila klik video di bawah.



Dengan kepopularitian lagu Despacito yang semakin meningkat, maka banyaklah versi cover yang dibuat oleh para peminat, sampaikan versi Melayu pun ada. Aku pun dalam diam-diam cuba untuk menyanyi lagu Sepanyol ini since aku agak fasih berbahasa Sepanyol berdasarkan pengalaman menonton telenovela Mis Tres Hermanas dan mendengar lagu temanya Vida kembalikanlah semangatku. Tapi lagu ni agak susah untuk dinyanyikan dengan mahraj dan tajwid yang betul so aku pun tulislah lirik aku sendiri di Twitter. Ayuh teruskan membaca.






Lepastu ada banyakla orang yang reply dengan lirik masing-masing, termasuklah yang ini:



TIBA-TIBA



Haha tak sangka ada orang membuat cover Despacito berdasarkan lirik padia tah yang aku tulis. Sedap juga suara dia kalau nak mengurat boleh tinggalkan pickupline di ruangan komen. Boleh pulak dia menyanyi dengan penuh keseriusan walaupun dengan lirik sedemikian. Anyway, selamat berpuasa semua.

Wednesday, February 15, 2017

Bagaimana Membayar Hutang PTPTN Menggunakan Wang KWSP

Hai apa khabar pembaca? Dahulu semasa zaman remaja, akibat tidak belajar bersungguh-sungguh semasa di matrikulasi, ditambah pula dengan kegagalan dalam percintaan, maka kehidupan menjadi murung sekaligus mempengaruhi keputusan peperiksaan. Result yang diperoleh tidak cukup bagus untuk digunakan bagi memohon jurusan yang diminati di universiti awam. Setelah membuat solat Istikharah, aku mendapat hidayah untuk meneruskan pengajian di Uniten. Ok tipu je sebenarnya sebab dekat dengan rumah. So universiti swasta ni kau tahulah kan dia punya yuran pengajian kau boleh beli Myvi. Bertekad untuk tidak menyusahkan keluarga, aku membuat keputusan untuk meminjam saja wang daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebab nak jadi gigolo time remaja wajah banyak jerawat tak ramai pelanggan mahu.

Tamat pengajian, hutang budi dibawa mati, hutang PTPTN tak boleh keluar melancong nanti. Wahh rhyme. So lepas dapat kerja aku pun bayaq la sikit-sikit setiap bulan secara konsisten. Bila dah stabil, buat potongan gaji terus. Namun begitu, pada suatu petang yang hening, aku tiba-tiba dapat satu emel daripada PTPTN kata aku ada tunggakan mencecah ribuan ringgit. What the what??? Aku tak pernah miss bayar kot. Aku terus start kereta nak pergi pejabat PTPTN untuk merusuh lepastu aku teringat yang di zaman kegemilangan media sosial ini, kita harus mengawal perasaan kalau tak nanti jadi viral dan dikecam netizen. Selepas solat sunat untuk tenangkan diri (tipu), aku teringat yang kita boleh membuat pengeluaran akaun 2 KWSP untuk bayaran balik pinjaman PTPTN. Wow really? Ayuh teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana cara untuk menyelesaikan hutang pengajian anda.

Kalau PTPTN tak hantar emel ugutan nak senarai hitam kata aku ada tunggakan tu, rasanya aku akan terus saja membayar bulan-bulan sehingga ke tua. Tapi dah alang-alang kau kena bayar tunggakan, why not settlekan je terus jika berkemampuan. Lagipun full settlement dapat diskaun 15%. Proses yang aku lalui untuk selesaikan semuanya memang mudah, semudah Liverpool menewaskan Spurs tempoh hari. Kau boleh buat secara online, tak perlu pergi pejabat PTPTN, cuma perlu pergi KWSP saja untuk bagi cop jari. Ok dah bersedia untuk membayar hutang? Ikuti langkah-langkah di bawah:

1) Login ke i-Akaun KWSP. Jika tiada i-Akaun, kau call je 03-89226000 mereka boleh aktifkan sekejap saja.


2) Klik tab Pengeluaran (Withdrawal kalau kau fasih berbahasa Inggeris). Di e-Pengeluaran, pilih Permohonan Baru.

3) Di bawah Jenis Pengeluaran, pilih Pendidikan. Isikan maklumat yang relevan. Boleh call PTPTN sebab dia boleh beri amaun spesifik berapa yang kau kena bayar selepas diskaun 15% (jika nak buat full settlement).


4) Tunggu pengesahan daripada PTPTN dan KWSP. Boleh semak status di tab Mesej Sekuriti. Untuk aku dia hanya ambil masa 2 hari saja selepas submit borang untuk dia panggil datang bagi cap jari.

5) Pergi ke pejabat KWSP untuk pengecaman cap jari dengan dokumen sokongan (salinan ijazah, transkrip) Aku pergi kat KWSP di stesen bas Jalan Reko tu orang tak ramai.

6) Buat aksi di bawah tanda kesyukuran.



7) Tunggu beberapa hari dan HUTANG SELESAI! YA TUHAN TERIMA KASIH KERANA MENGHILANGKAN BEBANAN INI.

Bagaimana, mudah bukan? Tunggu apa lagi bebaskan diri anda dari dibelenggu PTPTN tanpa perlu mencari wang tambahan daripada aktiviti yang berdosa. Kalau kau taknak selesaikan sekaligus, nak bayar tunggakan saja pun tiada masalah sebab kau boleh buat pengeluaran tanpa had selagi ada baki di akaun 2 KWSP. Jika anda ada sebarang persoalan tentang proses di atas tetapi anda malas nak cari di laman web KWSP, boleh tanya di ruangan komen saya bersedia membantu anda dengan penuh keihklasan.

Tuesday, February 14, 2017

Playlist Hari Kekasih

Hai apa khabar pembaca? Anda sangka blog ini telah tamat riwayatnya tetapi anda silap. Umpama John Wick yang ingin bersara daripada arena pembunuhan namun terjerumus kembali ke kancah keganasan setelah anjing beliau dibunuh dan keretanya dicuri. Tak pasti sama ada perbandingan tersebut sesuai diaplikasikan dalam situasi ni tapi kalau nak ikutkan wajah aku memang ada sikit-sikit macam Keanu Reeves pun.

Anyway hari ini adalah Hari Kekasih. Jika anda ada rakan-rakan yang sedang bersedih kerana berseorangan di Hari Kekasih, anda boleh ceriakan hari mereka dengan menukar nama anda di telefon mereka kepada nama ex mereka lepastu hantar mesej seperti 'I miss you' atau 'Daku rindu belaian hangatmu'. Akan tetapi kenapa nak sedih kalau tiada teman semasa Valentine's Day? Ambil secara positif, anda masih lagi tiada teman pada hari esok dan lusa nescaya anda akan gembira. Jika anda masih nak menyambut Hari Kekasih juga, no worries saya ada menyediakan playlist yang boleh anda dengar untuk mengubat perasaan anda yang lara. Ayuh teruskan membaca.

Bila kau berseorangan di Hari Kekasih...





Bila kau berseorangan di Hari Kekasih, tapi kau redha...





Hahaha dah lama tak berjenaka di sini lucu bukan. Ok kita jumpa lagi di Hari Kekasih tahun hadapan Insyaallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...