Wednesday, February 15, 2017

Bagaimana Membayar Hutang PTPTN Menggunakan Wang KWSP

Hai apa khabar pembaca? Dahulu semasa zaman remaja, akibat tidak belajar bersungguh-sungguh semasa di matrikulasi, ditambah pula dengan kegagalan dalam percintaan, maka kehidupan menjadi murung sekaligus mempengaruhi keputusan peperiksaan. Result yang diperoleh tidak cukup bagus untuk digunakan bagi memohon jurusan yang diminati di universiti awam. Setelah membuat solat Istikharah, aku mendapat hidayah untuk meneruskan pengajian di Uniten. Ok tipu je sebenarnya sebab dekat dengan rumah. So universiti swasta ni kau tahulah kan dia punya yuran pengajian kau boleh beli Myvi. Bertekad untuk tidak menyusahkan keluarga, aku membuat keputusan untuk meminjam saja wang daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebab nak jadi gigolo time remaja wajah banyak jerawat tak ramai pelanggan mahu.

Tamat pengajian, hutang budi dibawa mati, hutang PTPTN tak boleh keluar melancong nanti. Wahh rhyme. So lepas dapat kerja aku pun bayaq la sikit-sikit setiap bulan secara konsisten. Bila dah stabil, buat potongan gaji terus. Namun begitu, pada suatu petang yang hening, aku tiba-tiba dapat satu emel daripada PTPTN kata aku ada tunggakan mencecah ribuan ringgit. What the what??? Aku tak pernah miss bayar kot. Aku terus start kereta nak pergi pejabat PTPTN untuk merusuh lepastu aku teringat yang di zaman kegemilangan media sosial ini, kita harus mengawal perasaan kalau tak nanti jadi viral dan dikecam netizen. Selepas solat sunat untuk tenangkan diri (tipu), aku teringat yang kita boleh membuat pengeluaran akaun 2 KWSP untuk bayaran balik pinjaman PTPTN. Wow really? Ayuh teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana cara untuk menyelesaikan hutang pengajian anda.

Kalau PTPTN tak hantar emel ugutan nak senarai hitam kata aku ada tunggakan tu, rasanya aku akan terus saja membayar bulan-bulan sehingga ke tua. Tapi dah alang-alang kau kena bayar tunggakan, why not settlekan je terus jika berkemampuan. Lagipun full settlement dapat diskaun 15%. Proses yang aku lalui untuk selesaikan semuanya memang mudah, semudah Liverpool menewaskan Spurs tempoh hari. Kau boleh buat secara online, tak perlu pergi pejabat PTPTN, cuma perlu pergi KWSP saja untuk bagi cop jari. Ok dah bersedia untuk membayar hutang? Ikuti langkah-langkah di bawah:

1) Login ke i-Akaun KWSP. Jika tiada i-Akaun, kau call je 03-89226000 mereka boleh aktifkan sekejap saja.


2) Klik tab Pengeluaran (Withdrawal kalau kau fasih berbahasa Inggeris). Di e-Pengeluaran, pilih Permohonan Baru.

3) Di bawah Jenis Pengeluaran, pilih Pendidikan. Isikan maklumat yang relevan. Boleh call PTPTN sebab dia boleh beri amaun spesifik berapa yang kau kena bayar selepas diskaun 15% (jika nak buat full settlement).


4) Tunggu pengesahan daripada PTPTN dan KWSP. Boleh semak status di tab Mesej Sekuriti. Untuk aku dia hanya ambil masa 2 hari saja selepas submit borang untuk dia panggil datang bagi cap jari.

5) Pergi ke pejabat KWSP untuk pengecaman cap jari dengan dokumen sokongan (salinan ijazah, transkrip) Aku pergi kat KWSP di stesen bas Jalan Reko tu orang tak ramai.

6) Buat aksi di bawah tanda kesyukuran.



7) Tunggu beberapa hari dan HUTANG SELESAI! YA TUHAN TERIMA KASIH KERANA MENGHILANGKAN BEBANAN INI.

Bagaimana, mudah bukan? Tunggu apa lagi bebaskan diri anda dari dibelenggu PTPTN tanpa perlu mencari wang tambahan daripada aktiviti yang berdosa. Kalau kau taknak selesaikan sekaligus, nak bayar tunggakan saja pun tiada masalah sebab kau boleh buat pengeluaran tanpa had selagi ada baki di akaun 2 KWSP. Jika anda ada sebarang persoalan tentang proses di atas tetapi anda malas nak cari di laman web KWSP, boleh tanya di ruangan komen saya bersedia membantu anda dengan penuh keihklasan.



12 comments:

Syd said...

Ini utk org yg byk duit dlm kwsp je ke?

athirah hanafiah said...

Lepas kwsp dah setel, nak kena maklumkan ptptn ke kita buat full settlement guna kwsp?

Sbb baru ni ada buat tpi lepas kwsp dh clear payment, tengok penyata pinjaman terkini msih ada baki 15% yg diskaun tu. Anw, sy check ntuk amount lepas diskaun tu kt website ptptn. Under option bajet 2017.

Faizal Rosly said...

@syd tak semestinya. Bergantung kepada jumlah yang anda ingin bayar. Tiada had pengeluaran selagi masih ada baki di akaun 2

Faizal Rosly said...

@athirah hanafiah tak perlu beritahu ptptn, sebab mereka yang luluskan at the first place masa kita submit nak bayar guna kwsp. Baki tu memang tak akan reflect dalam penyata baki serta merta, ptptn akan update selalunya time hujung bulan. Tapi saja2 nak call marah mereka suruh cepat sikit pun apa salahnya

ezzatiii said...

macam mana boleh ada tunggakan tu?

Unknown said...

Ijai, nak bayar foundation pilih diploma ke?

jenglotkacak said...

salam, kalau amount dalam akaun 2 tak cukup, boleh topup sendiri tak utk cukupkan dgn amount tunggakan? contoh, tunggakan rm2000, tapi dalam akaun ada rm1900, so saya nak tambah rm100 utk cukupkan. boleh dak gitu? maceh

aisha said...

by the way, only those yang sign ptptn agreement tahun 2001 ke atas je yang boleh bayar ptptn guna kwsp

Faizal Rosly said...

@ezzatiii apparently walaupun kita bayar konsisten, mereka dah ada jadual berapa banyak yang kita patut bayar. So jika sekejap bayar rm50 sekejap bayar rm100 akan ada tunggakan la nanti. Also jangan lupa bagi surat penangguhan bayaran jika layak

Faizal Rosly said...

@abu kau ada 2 penyata ke? Then boleh letak diploma. Kalau dia dah sekalikan jumlah, letak je degree. Syarat dia kena tamat pengajian

Faizal Rosly said...

@jenglotkacak boleh saja yang seratus tu bayar terus guna fpx ke. Kalau still dapat surat ada tunggakan, amuk

Shafiq Zaquan said...

salinan ijazah dgn transkrip tu mmg wajib bawak ke...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...