Pages

Friday, November 8, 2019

ULASAN KONSERT BUTTERFINGERS: TRANSCENDENCE 20TH YEAR ANNIVERSARY

Pada 2 November yang lalu telah berlangsungnya sebuah konsert reunion Butterfingers: di Stadium Malawati Shah Alam bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-20 album Transcendence. Rata-rata peminat Butterfingers kini telahpun berkahwin dan sudah ada anak, berperut boroi serta merupakan ahli Persatuan Takut Bini. Setelah membeli jiwa isteri masing-masing untuk mendapat restu nak pergi konsert, peminat Butterfingers kembali menyarung jeans yang dah ketat berserta kasut Converse yang lusuh untuk bersama-sama melompat berlatarbelakangkan gorengan gitar Loque, jeritan vokal Emmett, ketukan dram padu Loko serta bassline membunuh daripada Kadak. Ayuh teruskan membaca.


(Btw guys kalau malas nak baca panjang-panjang, boleh skip terus ke versi video di bawah)

Setelah tarikh konsert diumumkan, kebanyakan tiket terus sold out seperti pisang goreng panas. Saya dah lanjut usia, tak larat dah nak terkinja-kinja nanti sengal-sengal satu badan so saya pilih area seating saja. Lepastu ada rezeki saya menang 2 keping tiket daripada Thelaki, ingatkan nak jual kat pasaran gelap tapi end up saya sedekah kat kawan saja. Pintu stadium buka pada pukul 6:30 petang, dan saya sampai around pukul 7 di stadium. Masa tu saya nampak orang beratur panjang gila mula-mula ingatkan nak beli Bobba Tea tapi rupa-rupanya tengah tunggu giliran nak masuk stadium.


Since saya duduk di zone orang tua kena gout, saya tak perlu beratur panjang. Namun begitu saya dapat lihat ramai orang yang complain pasal management di konsert. Konsert dah nak mula tapi mereka yang membeli tiket di zone melompat-lompat masih beratur panjang nak dekat 2 kilometer, lepastu dengan masalah potong q lagi. Macam tak ada direction untuk membimbing crowd ke zone yang benar dan lurus.

Dari segi performance, saya rasakan persembahan keseluruhan konsert ni mantap, at least during the first half of the concert. Macam mereka tak pernah ada hiatus pun. Since tajuk konsert pun dah Transcendence, Butterfingers memainkan semua 12 lagu daripada album ketiga mereka mengikut turutan. Opening main lagu Chemistry Between Us, so dari tempat duduk saya memang boleh nampak crowd menggila dan histeria tapi mereka tak sedar mereka sudah lanjut usia sampaikan yang kena slipped disc pun ada!

Dari segi sound, ada komen yang mengatakan mereka tak dengar sangat sound gitar Loque, especially jika mereka berada di rock zone. For me sound system dia actually well balanced, semua instrumen saya boleh dengar dengan clear. Vokal Emmett jelas kedengaran, macam dengar kaset pula. Loque pula masih ingat lagi bagaimana nak main lagu-lagu seperti Meltdown dan Faculties of The Mind kalau terlupa pun dia masih boleh improvise dengan bersahaja, Maybe sebab saya duduk dekat area Epitome, that's why saya rasa sound dia sedap. Tu la sebab dia charge harga tiket duduk kat belakang lagi mahal daripada yang berdiri depan stage kot?

Satu lagi benda yang saya nak puji pasal konsert ulangtahun ke 20 Transcendence ni adalah lighting dia. Jika kalian perasan, mood lighting dia ikut tema warna kulit setiap album yang dimainkan. Contohnya masa set Transcendence lampu dia warna oren dan merah, masa set Butterworth pushful dia guna lampu hijau dan time main lagu-lagu dari 1.2 Miligrams, dia banyak guna lampu ungu.


Ok for those who attended the concert I guess the biggest talking point is about Kadak's situation. Lepas set Butterworth Pushful, kita tak nampak Kadak di atas stage. Lepastu dapat update yang Kadak mengalami sesak nafas dan dinasihatkan untuk tidak meneruskan persembahan. Daripada update di IG beliau, dah keluar dah dari hospital.

Saya pasti semua orang faham situasi tersebut and We all wish a speedy recovery untuk saudara Kadak. But of course kita boleh nampak betapa besarnya impact ketiadaan Kadak terhadap persembahan Butterfingers pada malam tersebut. Sure mereka try to go on with the show just main gitar dengan vokal saja, even at one point Loque cuba main bass masa lagu Royal Jelly tapi unfortunately lagu tu rasa kosong tanpa riff legend lagu tersebut. I don't know maybe Emmett boleh main rhythm guitar or ada backup sessionist ke? Or buat macam Foo Fighters panggil je fans naik pentas main aku hampir tahu main semua solo lagu Butter guna mulut. Even kalau tengok setlist patutnya ada 3 lagu encore tapi mereka decide untuk tidak meneruskannya.

Bila dah jadi perkara benda sebegini, unfortunately kita tak dapat elak rasa flow dan momentum concert tu terganggu. Banyak kali jugak mereka stop dan main video promo abang Rom berulang-ulang. Takpe at least ada peluang juga untuk pakcik-pakcik sengal lutut di rock zone untuk berehat kan. Siap ada pesanan penaja yang panjang dan crowd diminta untuk menyanyikan lagu Tanah Pusaka bersama-sama. Personally I don't really mind pun sebab tanpa penaja mungkin tiada konsert tapi adakah Butterfingers yang dulu-dulu akan menurut kata-kata daripada brand sebegini? Hehehe.

Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan dengan konsert ulangtahun ke 20 Transcendence ni. Dah tua-tua ni memang susah nak pergi bersukaria berparti liar seperti zaman remaja, especially bila dah ada anak isteri so kita kenalah tahu priority. So bila once in a while dapat pergi konsert band kegemaran bersama rakan-rakan lanjut usia yang lain, perasaan dia rasa special sikit sebab rasa lebih nostalgik walaupun dah tak larat dah nak join moshing depan stage. Konon-konon ini last concert Butterfingers tapi nanti ulangtahun ke 20 album Selamat Tinggal Dunia ke Kembali ke mereka buatla renunion sekali lagi ye tak. Ok habis dah thanks for reading!

#Transcendence20years

Untuk ulasan penuh berserta video highlight di konsert:



Thursday, October 10, 2019

Tanda-Tanda Anda Ketagihan Fantasy Football

Hai apa khabar pembaca? Hari ini kita nak berbicara pasal Fantasy Football. Jika anda merupakan peminat bola sepak, ada kemungkinan yang anda main Fantasy Football jugak. Tapi kalau anda tak minat bola, anda mungkin tertanya-tanya, “Padia Fantasy Football ni??” Well Secara ringkasnya Fantasy Football ni anda jadi manager syok sendiri satu pasukan yang anda pilih pemain dia, lepastu anda akan dapat point berdasarkan persembahan pemain yang anda pilih di dunia sebenar. Pemain anda score? Dapat point. Pemain ada bolos? Tolak point. Shopping mall? Ampang Point. Tapi semua point yang anda dapat ni sekadar fantasi jugak la tak boleh tebus untuk dapatkan Tupperware ataupun tiket wayang.


Now anda dah faham konsep Fantasy Football ni, saya yakin anda pasti ada ramai kenalan yang main menda alah ni kan? Tak kiralah Boyfriend anda ke adik beradik anda ke Tok Wan anda ke. Kalau mereka ni jenis yang fanatik, anda pasti boleh nampak ciri-ciri yang saya akan huraikan sebentar lagi. Ayuh teruskan membaca.

1) Anda Menghabiskan Masa Di Pejabat Setup Pasukan Anda

Pernah tak anda nampak rakan sekerja anda tiba-tiba menjadi fokus, terutamanya pada hari Jumaat? Selalunya hari Jumaat semua orang dah fikir pasal weekend nak pergi kenduri, nak pergi parti liar, so orang tak kisah sangat dah pasal kerja. Tapi ada sorang office mate anda ni, dia akan duduk depan laptop dengan wajah yang serius, muka berkerut-kerut sambal buat posing hijabster pening kepala sebab memang mereka betul-betul pening. Mula-mula nampak macam ‘wow rajinnya dia ni’… tapi jangan terpedaya, dia sebenarnya tengah runsing susun pemain dia, fikir nak letak siapa jadi kapten Fantasy Football.

2) Anda Menyokong Pemain Pasukan Yang Dibenci

Jika kalian tengok gambar profile aku serta entri-entri lama tentang bolasepak, memang ketara kot aku minat pasukan juara Eropah enam kali. Sebagai penyokong kelab juara Eropah enam kali, obviously ada pasukan yang saya kurang gemar seperti ughh Manchester United. Tapi bila kita main Fantasy Football, kita tak boleh ada mentality taknak pilih pemain daripada pasukan yang kita tak suka ni. Saya bagi contoh beberapa tahun yang lalu, masa tu Cristiano Ronaldo main dengan United, setiap minggu dia score, dia assist, dia tanduk dia lipat, banyak point yang dia dapat. So mesti lah kita kena ada dia dalam pasukan kalau tak pastilah kita akan ketinggalan. Tapi itu kisah dulu-dulu la, season ni takkan nak pakai pemain Manchester United lagi. Kau nak pilih siapa? Phil Jones? Eric Djemba-Djemba?

3) Anda Ada Excel File Yang Memaparkan Jadual Perlawanan Setiap Pasukan

Excel file ini bukan file biasa-biasa, file ini memaparkan jadual team apa lawan team apa, siap ada colour code yang tunjuk match ni senang ke susah, so boleh plan ahead nak transfer pemain mana, nak captainkan siapa, FOR THE WHOLE SEASON!

4) Anda Follow Banyak Akaun Fantasy Football di Media Sosial

Hidup di zaman media sosial ni, semua benda kita boleh cari guna telefon pintar. So, orang yang fanatik Fantasy Football ni, dia akan banyak follow fanatik Fantasy Football yang lain. Sebab orang yang buat akaun spesifik pasal Fantasy Foolball ni, tahap kefanatikan dia lebih tinggi daripada kita yang fanatik normal ni. Haha kalian faham tak apa yang aku cuba sampaikan ni. Akaun-akaun di Twitter or Youtube yang content dia hanya cakap pasal Fantasy Football ni, mereka banyak bagi maklumat secara terperinci tentang strategi, do’s and don’t’s, siapa nak kaptenkan minggu ni, berserta dengan statistik dan grafik kebarangkalian, so kita nampak mereka bukan sekadar dok buat palatao, mereka memang betul-betul buat research berkenaan dengan Fantasy Football.

5) Mood Anda Dipengaruhi Oleh Kejayaan Pasukan Anda


Ok satu lagi tanda anda ketagihan Fantasy Football, mood anda dipengaruhi oleh kejayaan pasukan anda. Point ini boleh jadi positif ataupun negatif. Positif ni Contohnya kalau pemain yang anda pilih banyak jaringkan gol, lepastu kapten pulak mengena, point yang anda dapat cecah seratus, of course anda happy bukan? Sepanjang hari kau senyum. Time ni wife kau apa-apa semua kau bagi. Tudung dUCk? No problem. iPhone baru? Nah ambil kad kredit ni. Ok ok maybe bukan iPhone la maybe nak makan Siakap 3 rasa ke haa no problem.

Haa itu kalau menang. Kalau percaturan gagal bagaimana pula? Memang muram seharian. Perasaan bila kau letak kapten Raheem Sterling lepastu Pep pergi letak dia kat bench fuhh, rasa dia lebih teruk daripada ditinggalkan gadis. Lepastu tidur tak lena, kencing tak lawas, dan kau rasa nak just nak duduk di bucu katil sambil menyesali keputusan kau sebab tak beli Kevin de Bruyne.

So begitulah antara tanda-tanda anda ketagihan Fantasy Football. Berapa banyak ciri-ciri yang ada pada diri anda ataupun orang yang anda kenal? Mungkin anda perlukan bantuan. Also jika anda malas membaca entri panjang-panjang, anda boleh tonton versi video di bawah.



Friday, September 27, 2019

Gerai Makcik Kena Sita!

Hai apa khabar pembaca? Kalian mesti ada gerai nasi lemak kegemaran di tepi jalan bukan? Selalu time nak pergi kerja mesti singgah kejap kat gerai makcik tersebut sebab nasi lemak kerang beliau memang kena dengan taste anda. Murah pun murah. Bila kau dah jadi regular customer kadang-kadang siap dapat kuih extra lagi tanpa sebarang bayaran tambahan. Namun begitu hidup ini tak selalunya indah. Berniaga di tepi jalan ni ada risiko dia. Kadang-kadang disembur najis mughollazoh, kadang-kadang gerai ditabrak pemandu mabuk. Tapi masalah paling common adalah gerai kena sita sebab tak ada lesen perniagaan yang sah. Ini adalah kisah tentang seorang individu yang teringin nak makan nasi lemak namun gerai nasi lemak kegemaran beliau telah disita oleh Majlis Perbandaran. Ayuh teruskan membaca.

Gerai makcik tepi jalan kena sita
I wish I could pretend I was not lapar,
Lagu KRU Ohh la la la,
Sco pa tu mana,
Baik duduk rumah,
Order je food panda,

Bangun pagi pagi,
Perut berbunyi kruk kruk Kruk,
Lapar nak mati,
Rasa nak makan nasi lemak kerang,
And maybe tambah sotong,
Yeah

Aku start enjin,
Cari gerai kegemaran,
Tapi tak jumpa,
Hanya tinggal kenangan uhh la la la,
I feel like sedih gila yeah

Ayuh tonton klip video Kena Sita di bawah dan jangan lupa subscribe channel Youtube saya, thanks!



Wednesday, September 18, 2019

Pengalaman Diurut Lelaki Asing di Rumah Sendiri...

Hai apa khabar pembaca? Pernah tak kau rasa stress sampai sengal-sengal satu badan lepastu kau bermonolog dalaman “Ahh malasnya nak keluar kalaulah ada orang datang rumah dan urut aku sekarang tapi secara halal...” ? Baca tajuk di atas macam nak cerita pengalaman tak senonoh yang mengghairahkan namun begitu saya nak tekankan di sini aktiviti yang bakal saya ceritakan adalah syariah compliant dan 100% halal. So kalian dah boleh dah pakai seluar balik. Ayuh teruskan membaca.

Beberapa minggu yang lalu aku try pakej urut dari sentuh.my (search on IG or FB) yang menawarkan khidmat spa di rumah. So di sini aku nak berkongsi pengalaman mereka datang ke rumah dan karate belakang aku sehingga aku mengeluarkan bunyi-bunyi yang aneh dari mulut. Kau pergi je website mereka sentuh.my, pilih pakej apa kau nak, isi details apa yang patut nanti mereka arrange therapist datang rumah kau (KL dan Selangor saja for now).

Aku terpaksa try pakej Couple Massage sebab kau ingat wife aku nak berdiam diri ke tengok aku sorang je kena urut. Urutan di Sentuh ni patuh syariah urut ikut jantina so tak perlu risau la kalau suami anda cuba mengurat therapist gadis. Therapist aku nama dia Rizuan beliau memang tukang urut bertauliah dengan teknik-teknik urutan advanced tinju Ip Man dan Cakaran Sang Rimau. Perasaan dia macam duduk kat kerusi urut seringgit di shopping mall tapi lagi power sebab ada voice command so bila kau jerit “ADUH SAKIT BANG!” secara automatik dia akan kurangkan tekanan urutan. Plus ni 60 minit full body massage dan 20 minit urut kaki so bayangkan berapa kali aku minta keampunan dari Tuhan sebab sakit tapi dalam masa yang sama sedap nak arwah. Lepas habis urut tu memang kau rasa lega sangat umpama baru lepas menjelaskan bayaran PTPTN.

Overall aku memang berpuas hati dengan servis yang ditawarkan oleh Sentuh. First of all mereka datang tepat pada waktu, urut pun tak pakai cheat code cepatkan jam. Faktor paling best adalah dia convenient boleh datang ikut waktu yang kau set dan semua benda mereka bawak seperti meja urut, bau-bauan dari syurga serta bunyi-bunyi tenang seperti ombak menghempas pantai dan air sungai yang mengalir. So amacam terpengaruh bukan dengan ulasan jujur aku semoga anda mendapat Massage yang ingin disampaikan haha sedikit jenaka urut di situ.

Untuk lihat bagaimana mereka setup spa di rumah dan seterusnya mengurut seluruh tubuh aku kecuali area punggung, kalian tengoklah video yang aku susah payah buat di bawah ni dan jangan lupa subscribe channel Youtube saya untuk lebih banyak video urutan zahir dan batin.



Tuesday, September 17, 2019

Lagu Jerebu

Hai apa khabar pembaca? What the what? Dua entri dalam tempoh dua hari setelah lebih setahun tak kemaskini blog? Wow kau ok ke tak Faizal? Tiada krisis rumahtangga ataupun krisis air Selangor ketika ini so kalian tak perlu risau. Tempoh hari, semasa jerebu mula-mula membuat lawatan ke negara kita, aku ada membuat satu playlist Jerebu di Spotify. Lagu-lagu kegemaran aku yang tajuk dia ada kaitan dengan jerebu. You can checkout the playlist here


Namun begitu, kualiti kebersihan udara semakin buruk dan sekolah serta taska anak aku terpaksa ditutup menyebabkan suasana kucar-kacir di rumah pagi ini. Sorang taknak mandi. Sorang nak sarapan McD. Sorang lagi memang jenis garang nak mati haha takpe wife aku taktau aku update blog ni. Saya pasti ramai ibu bapa di luar sana yang terpaksa mengambil emergency leave sebab nak jaga anak di rumah. Untuk memberi semangat kepada anda semua, saya telah mencipta sebuah lagu berdasarkan playlist di atas menggunakan tajuk lagu sebagai lirik. Ayuh teruskan membaca.

Check out the song below and subscribe for more content like this!



Lirik:

Jerebu datang lagi, makes it Harder To Breathe
Every Breath That You Take, makes you wanna feel headache

Smoke Gets In Your Eyes, your throat is getting dry
Everything is so Blurry, IPU sungguh tinggi

Separuh Nafas ku rasa, tiap-tiap tahun pun sama
Fire Burning over there, yang ni kau taknak claim pula

Cause We Didn't Start The Fire

Monday, September 16, 2019

Kempen Meniup Jerebu Kembali Ke Indonesia

Hi apa khabar pembaca? Nampak macam blog ini dah sampai ke rahmatullah tapi kalian semua silap. Setelah lama menghilang, blog ini tiba-tiba membuat kemunculan setahun sekali seperti jerebu yang sedang melanda negara ini. Musim jerebu ni kita tak boleh buat banyak aktiviti di luar, so jangan lupa gunakan alasan tersebut untuk menolak pelawaan jejaka tak hensem yang ajak anda keluar makan. Anyway, kecewa dengan masalah jerebu yang bagaikan tiada jalan penyelesaian, satu kempen untuk mengatasi masalah jerebu dengan meniup jerebu di udara untuk kembali ke Indonesia telah dilancarkan di Twitter, dan mendapat perhatian netizen.


Cadangan itu kedengaran seperti tidak masuk akal, tetapi sebenarnya ada penjelasan secara saintifik jika anda selak kembali bab 4 buku sains tingkatan 3. Itulah siapa suruh anda tak berikan perhatian semasa cikgu mengajar kat depan. Ayuh teruskan membaca.

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, sudah pasti aku akan mengambil bahagian dalam rancangan tersebut. Sempena Hari Malaysia, kami sekeluarga telah berbakti kepada negara dan Alhamdulillah, Terkini Indeks Pencemaran Udara (TIPU) sudah kembali menjadi hijau ketika entri ini ditulis.



Jika hanya kami sekeluarga saja yang berusaha mungkin dapat meniup jerebu sekadar ke Jelebu Negeri Sembilan saja tapi kalau kita semua bergandingan bahu membeli kipas di Kaison ataupun Daiso, nescaya jerebu dapat dipulangkan ke tempat asal. Ayuh rakyat Malaysia! Also jangan lupa subscribe channel Youtube saya youtube.com/user/ijaikool untuk lebih banyak video hambar. Ayuh kongsikan video tiupan anda juga! Jumpa lagi di musim jerebu yang akan datang.

Tuesday, May 8, 2018

KRU Live at Istana Budaya

Di suatu petang yang hening, tatkala aku sedang nampak macam sibuk membuat kerja tetapi sebenarnya sedang melayari susur masa media sosial, aku terbaca satu tweet daripada Norman KRU. Dia minta cadangan lokasi untuk konsert bersiri KRU sempena pembabitan mereka dalam dunia seni selama 25 tahun. Aku pun balasla tweet tersebut sambil mencadangkan buat konsert di Istana Budaya sebab KRU dan para peminat KRU rata-rata sudah lanjut usia dan tak larat lagi nak ikut koreografi Ooh La La. Itu tahun 2016. Setahun kemudian, mereka mengumumkan yang mereka akan buat konsert di Istana Budaya untuk 3 hari berturut-turut. So kesimpulannya di sini aku nak cakap KRU ikut cadangan aku la dan aku nak claim full credit. Boleh lihat bukti bergambar di bawah agar aku tak didakwa di bawah Akta Berita Palsu.


Anyway, since buat kat Istana Budaya, seat limited so KRU pun buat pre sale dulu. Satu complain kecil daripada aku adalah, untuk pre sale mereka tak guna ticketing system, tapi kena call nombor untuk book tiket. Of course la line engaged sepanjang masa and bila akhirnya dapat call, dia suruh aku emel pulak. Dah bayar, kena tunggu dia reply pulak tengok availability. Berdebar wei takut tiket habis. Berkat usaha kami tidur lambat refresh emel dan tak tinggal solat, dapatlah juga beli tiket untuk sesi last day.

Sebagai peminat KRU dari darjah 4 kot, aku dengan pantas me reKRUed rakan-rakan FANATIK KRU semasa zaman universiti yang kini dah mencecah 30an iaitu Tengku Eleanor Ezura Nasrudin, Nurul Huda Abdul Rahim dan Asiah Abdullah untuk kembali menyarung windbreaker kami bagi menghadiri konsert tersebut. Dulu-dulu tatkala menghadapi zaman percintaan remaja kami semua sering naik kereta pergi ke kelas pasang kaset dan menyanyi lagu-lagu KRU sambil mengikut step lagu Awas. Ok macam dah panjang sangat intro aku ni so fast forward, pada hari Ahad yang lalu kami pun menghadirkan diri ke konsert KRU.

Beberapa hari sebelum konsert, KRU membuat satu sidang media tergempar mengumumkan mereka akan bersara dan konsert di Istana Budaya tersebut adalah konsert terakhir mereka. What the what? Tatkala aku mendengar berita tersebut ku terpinga tertanya di dalam dilemma, perasaan dia macam baru lepas tengok Avengers: Infinity War. Walaupun aku nampak macam lelaki tough, namun hati aku sebenarnya rapuh. Beberapa hari jugalah aku termenung di sudut gelap sambil humming lagu-lagu patah hati KRU seperti Janji Tinggal Janji, Balada Hati dan lagu cover Perpisahan Terasing. Anyway rasa bersyukur sangat dapat beli tiket untuk show terakhir mereka sebab tiket KRU sold out lebih pantas daripada Tudung dUCk.


Ahad 6 Mei 2018. Aku gerak ke Istana Budaya dengan BFF aku Adam yang tak hafal satu pun lagu KRU. Dia hanya tahu part Awas itupun di nyanyi 'perempuan' Awas instead of 'parappap' Awas. Risau jugak aku time konsert nanti kalau Norman hulur microphone kat Adam lepastu Adam tak hafal lirik macam dia tak lancar doa qunut. Nauzubillahiminzolik. In fact dia hanya kenal muka Yusry, Norman dengan Edry dia tak boleh bezakan. Dia pergi pun sebab wife dia Shikin yang minat KRU. Anyway rata-rata kat konsert KRU ni kau boleh tengok almost semua berwajah matang, perut pun dah ke depan. Yelah kau membesar dari album Canggih tahun 1992, sampailah latest single kenduri kahwin Hingga Ke Jannah.


Masuk Panggung Sari. Lampu ditutup. Sorakan bergema. Kelibat 3 orang yang dinanti muncul di atas pentas. Persembahan dimulakan dengan lagu Inggeris paling popular mereka The Way We Jam, lagu iklan Pepsi dulu-dulu. Bila intro lagu Awas dimainkan, penonton mula hilang pedoman. Yang duduk mula berdiri sambil melompat-lompat melanggar protokol dan etika Istana Budaya. Tak sangka aku masih boleh ingat part rapping lagu Awas tapi surah-surah lazim tak ingat pulak. Selepas lagu Awas, mereka main lagu Terhangat Di Pasaran ataupun nama lain dia lagu perasan.

Dengar KRU menyanyi live kualiti dia macam kau dengar album. Musician yang main mostly semua yang selalu terlibat dengan live show KRU (like Shah Slam). Arrangement lagu pun fresh. Bukan bias (memang bias pun), tapi mereka punya showmanship, interaction with audience, choreography memang top notch. Perbualan dengan penonton nampak natural, dan jenaka mereka pun boleh tahan lucu. Mereka banyak mengimbas kenangan lama sepanjang 25 tahun mereka berada di persada seni, sambil membuat reference tentang perkara-perkara yang relatable dengan kita. Next, they sang one of their earliest song Untukmu, dan diikuti dengan lagu ditinggalkan gadis untuk jejaka yang lebih baik Janji Tinggal Janji, dan lagu untuk menghadapi haters, Negatif.

Panggung Sari sekali lagi meletup bila intro Ooh La La dimainkan. Kemuncak histeria pada malam tersebut adalah apabila Joe Flizzow dari Subang Jaya ada gaya tiba-tiba membuat kemunculan rapping. Rasanya time first day dengan second day dia tak ada, so kira untungla kami yang pergi last day ni. Next, lagu yang KRU yang tak pernah menyanyi live di konsert sebelum ini kerana lagu tu ada part perempuan, Di Pintu Syurga. Sedih lagu ni sebab ni lagu percintaan terulung jenis tunggu kat depan pintu syurga tunggu pasangan mati boleh jumpa. What. Mula-mula ingatkan Elite nak menyanyi, tup tup Jaclyn Victor datang OMG. ANDAIIII DAKU PERGI SEBELUMMUUUU

Lagu seterusnya, satu-satunya lagu KRU yang pernah masuk Anugerah Juara Lagu, Mengerti. Tapi kalah lawan M. Nasir lagu Tanya Sama itu Hud-Hud lang mengilang lang kui mengsikui. Ingat lagi persembahan mereka guna sembur api guna Ridsect tapi kat Istana Budaya tak bolehla nak buat macam tu kan. Sesi seterusnya adalah sesi acoustic, di mana KRU menyanyikan lagu slow ballad popular mereka seperti Dua, Balada Hati, Babe dan Dekat Padamu. It's safe to say that mostly yang datang konsert ni hafal lagu daripada album-album lama saja KRU sebab bila KRU nyanyi single terbaru mereka Hingga Ke Jannah tak nampak ramai yang singalong haha.

Next, APA SAJA UNTUKMU TAKKU HIRAUKAN WAKTU aku selalu nyanyi lagu tu kat wife aku bila aku tengah main game online tak boleh pause tapi dia still insist suruh buat something time tu jugak. Lagu Di Dalam Dilemma, DanceKRU yang sudah lanjut usia kembali ke pentas untuk mempamerkan aksi koreografi yang mantap walaupun ada kemungkinan untuk terkehel tulang belakang. #RESPECT Last song, Jangan Lafazkan? Of course tidak kerana mereka masih belum menyanyi anthem KRU, Fanatik! KE TEPI KE TEPI GERGASI SUDAH KEMBALI although now dah takkan kembali....



What an amazing night. Masih tak percaya itu adalah show terakhir KRU. Of course kita boleh berharap mereka kembali buat konsert reunion ke tapi time tu umur dah berapa macam tak sesuai je buat konsert atas kerusi roda. KRU is a legendary, undisputed no 1 music group in Malaysia. They have contributed a lot in terms of music, movies and even in academic. It's been an honor growing up with their songs, bercinta with their songs, ditinggalkan gadis pun dengar lagu KRU, playlist kahwin pun aku letak lagu KRU, even anak aku pun tau chorus lagu Ooh La La. Thank you for everything, your legacy will remain forever. I wish you guys all the best for the future. Wow emosi gila ucapan aku ni.

Wednesday, January 31, 2018

Lagenda Nasi Lemak Aunty Maria

Hai apa khabar semua? Oleh kerana ini adalah entri pertama untuk tahun 2018, maka masih belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan selamat tahun baru untuk semua. Oh Selamat Hari Thaipusam juga jika anda membaca entri ini pada Hari Thaipusam, dan Selamat Tahun Baru Cina jika anda membaca entri ini pada Chinese New Year. Aku boleh sambung ucap perayaan lain tapi since kita ni banyak public holiday so tak jadilah.

Anyway, anda sangka blog ini telah kembali ke Rahmatullah tetapi anda silap, blog ini akan membuat kemunculan tatkala ada isu penting yang perlu dibicarakan. Malangnya entri kali ini adalah entri yang sedih. Bagi mereka yang tidak tahu, Nasi Lemak yang paling lazat, paling power, paling legend, paling paling paling di Bangi adalah Nasi Lemak Aunty Maria. Beberapa hari yang lalu, aku terbaca status kawan aku Adam cakap gerai Nasi Lemak Maria dah nak tutup. What the what? Ayuh teruskan membaca.

Ok sedikit sejarah tentang Nasi Lemak Aunty Maria. Nasi Lemak Aunty Maria ni beroperasi dah lama dah. Beliau secara konsisten membekalkan kalori dan kolestrol sejak zaman aku sekolah lagi. Kalau nak cari punca kenapa seluar aku kini bersaiz 36 inci (penis maintain 6 inci), salah satu faktornya adalah Nasi Lemak Aunty Maria sebab dalam seminggu adala 2-3 kali pergi. Kedai dia buka kat rumah, di waktu pagi saja. Jika anda makan nasi lemak Maria buat kali pertama belasan tahun yang lalu dan kemudian anda pergi makan lagi pada hari ini, anda akan dapat rasa nasi lemak yang sama.

Ya, consistency adalah kelebihan yang ada pada Nasi Lemak Aunty Maria. In a good way, rasa dia always sama. Kualiti sentiasa maintain. The best thing about Nasi Lemak Aunty Maria is no doubt the unique sambal. It has the right amount of spiciness, manis masam masin nano nano. Nasi dia sentiasa lembut, tapi tak pernah lembik ataupun overcooked. Ikan bilis dan kacang pun dapat banyak kau boleh topap sendiri macam itu kedai Pak Long anda. Telur rebus biasalah dapat suku, tapi takdelah pulak dia bagi telur potong macam simkad tu.


Itu belum masuk lauk pauk dia perghh tatkala aku menulis perenggan ini air liur dah meleleh dah. Kalau ikut ranking lauk yang aku gemar kat sini, paru > ayam goreng > sambal sotong > rendang daging. Limpa aku tak makan. Kalau kalian tak mahu makan nasi lemak, ada je juadah yang lain seperti nasi himpit kuah lontong / kuah kacang, sup tulang, soto serta kuih muih seperti donat dan lopez. Haa nampak macam kalian dah start jilat screen setelah membaca penerangan aku. Sabaq sabaq.



Ok dah nak masuk perenggan sedih ni. Unfortunately, selepas bertahun-tahun beroperasi, gerai Nasi Lemak Aunty Maria telah diarahkan untuk ditutup oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) setelah ada jiran yang membuat aduan.......... Mengapa dan jiran yang mana satu yang mereport tu tak perlulah kita bincang di sini. So MPKJ beri masa lebih kurang sebulan untuk Aunty Maria menutup kedai nasi lemak beliau. So sad.

Aunty Maria kenal aku dari zaman remaja rambut belah tengah lagi. Walaupun dia tak tahu nama betul aku tapi dia tahu aku anak tunggal dan kenal mama aku. Beliau juga baik hati selalu bagi diskaun sebab aku regular customer. Aku syak beliau sayang aku lebih daripada pelanggan lain sebab aku selalu bekalkan syiling kat dia. Beberapa hari yang lepas, aku pergi makan kat kedai Aunty Maria. Lepas makan aku pergila approach Aunty Mari nak berbual tentang topik sensitif ni. Yelah nak juga tahu hala tuju lepasni nak buat apa takkan terus nak bersara dan biarkan legacy nasi lemak beliau dikuburkan begitu saja kan.

Ternyatalah aku telah membuat kesilapan kerana baru saja dia buka mulut terus dia mengalir air mata cakap dia tak tidur malam memikirkan masalah tersebut. Dammit tengok dia menangis aku pun rasa nak menangis time tu tapi aku sedut balik air mata aku dengan keazaman yang tinggi. Aku suggest buka je restoran sebab dah established kan tapi dia kata dia dah tua (60 years old), tak larat nak manage. So maybe dia akan buat stall kecil secara halal saja tapi orang hanya boleh tapaula tak boleh duduk lepak makan. Aku ada tweet pasal penutupan ni dan cucu Aunty Maria ada baca dan tunjuk kat beliau. Dia berterima kasih kat kalian yang sentiasa menyokong beliau dan beliau meminta agar kalian mendoakan segala urusan beliau dipermudahkan. Also tak perlulah rebel ramai-ramai nak parking kereta di rumah jiran beliau tu (ni pesanan aku).


So if you are reading this, jika anda ingin rasa nasi lemak yang paling unggul di Bangi serta Asia Tenggara, ada masih ada masa untuk merasainya buat kali terakhir sebelum kedai ditutup. Kedai dia kat fasa 4 Bandar Baru Bangi, waze saja 'Nasi Lemak Maria'. Kalian sebut je nama aku tapi tak dapat murah kot sebab macam aku cakap tadila dia taktau nama aku. Saja je suruh sebut. Anyway jika anda pernah makan di Nasi Lemak Aunty Maria, boleh kongsikan testismonial anda di ruangan komen.

Friday, May 26, 2017

Despacito versi Melayu

Hai apa khabar semua? Tahukah anda esok dah nak puasa? Sebagai persediaan untuk bulan Ramadan, sudahkah kalian membuang stok video berdosa daripada hard disk? Ataupun kalian menambah stok mee segera di dalam almari? Astaghfirullahalazim. Anyway, jika anda jenis ambil tahu tentang muzik mainstream, satu lagu yang sedang trending meniti di bibir gadis-gadis dan jejaka separa lembut adalah Despacito. Apa itu Despacito? Despacito adalah dialek daerah Rembau, Negeri Sembilan yang bermaksud what's up? ataupun apo cito? Ok ok serius Despacito adalah single daripada seorang penyanyi yang berasal daripada Puerto Rico iaitu Luis Fonsi, featuring Daddy Yankee. Sumpah tak kenal siapa kan namun begitu satu remix telah diterbitkan dengan memaparkan Justin Bieber di bahagian vokal, sekaligus menyebabkan lagu ini disebarkan oleh para Belieber. Jika anda tak pernah dengar, sila klik video di bawah.



Dengan kepopularitian lagu Despacito yang semakin meningkat, maka banyaklah versi cover yang dibuat oleh para peminat, sampaikan versi Melayu pun ada. Aku pun dalam diam-diam cuba untuk menyanyi lagu Sepanyol ini since aku agak fasih berbahasa Sepanyol berdasarkan pengalaman menonton telenovela Mis Tres Hermanas dan mendengar lagu temanya Vida kembalikanlah semangatku. Tapi lagu ni agak susah untuk dinyanyikan dengan mahraj dan tajwid yang betul so aku pun tulislah lirik aku sendiri di Twitter. Ayuh teruskan membaca.






Lepastu ada banyakla orang yang reply dengan lirik masing-masing, termasuklah yang ini:



TIBA-TIBA



Haha tak sangka ada orang membuat cover Despacito berdasarkan lirik padia tah yang aku tulis. Sedap juga suara dia kalau nak mengurat boleh tinggalkan pickupline di ruangan komen. Boleh pulak dia menyanyi dengan penuh keseriusan walaupun dengan lirik sedemikian. Anyway, selamat berpuasa semua.

Wednesday, February 15, 2017

Bagaimana Membayar Hutang PTPTN Menggunakan Wang KWSP

Hai apa khabar pembaca? Dahulu semasa zaman remaja, akibat tidak belajar bersungguh-sungguh semasa di matrikulasi, ditambah pula dengan kegagalan dalam percintaan, maka kehidupan menjadi murung sekaligus mempengaruhi keputusan peperiksaan. Result yang diperoleh tidak cukup bagus untuk digunakan bagi memohon jurusan yang diminati di universiti awam. Setelah membuat solat Istikharah, aku mendapat hidayah untuk meneruskan pengajian di Uniten. Ok tipu je sebenarnya sebab dekat dengan rumah. So universiti swasta ni kau tahulah kan dia punya yuran pengajian kau boleh beli Myvi. Bertekad untuk tidak menyusahkan keluarga, aku membuat keputusan untuk meminjam saja wang daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebab nak jadi gigolo time remaja wajah banyak jerawat tak ramai pelanggan mahu.

Tamat pengajian, hutang budi dibawa mati, hutang PTPTN tak boleh keluar melancong nanti. Wahh rhyme. So lepas dapat kerja aku pun bayaq la sikit-sikit setiap bulan secara konsisten. Bila dah stabil, buat potongan gaji terus. Namun begitu, pada suatu petang yang hening, aku tiba-tiba dapat satu emel daripada PTPTN kata aku ada tunggakan mencecah ribuan ringgit. What the what??? Aku tak pernah miss bayar kot. Aku terus start kereta nak pergi pejabat PTPTN untuk merusuh lepastu aku teringat yang di zaman kegemilangan media sosial ini, kita harus mengawal perasaan kalau tak nanti jadi viral dan dikecam netizen. Selepas solat sunat untuk tenangkan diri (tipu), aku teringat yang kita boleh membuat pengeluaran akaun 2 KWSP untuk bayaran balik pinjaman PTPTN. Wow really? Ayuh teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana cara untuk menyelesaikan hutang pengajian anda.

Kalau PTPTN tak hantar emel ugutan nak senarai hitam kata aku ada tunggakan tu, rasanya aku akan terus saja membayar bulan-bulan sehingga ke tua. Tapi dah alang-alang kau kena bayar tunggakan, why not settlekan je terus jika berkemampuan. Lagipun full settlement dapat diskaun 15%. Proses yang aku lalui untuk selesaikan semuanya memang mudah, semudah Liverpool menewaskan Spurs tempoh hari. Kau boleh buat secara online, tak perlu pergi pejabat PTPTN, cuma perlu pergi KWSP saja untuk bagi cop jari. Ok dah bersedia untuk membayar hutang? Ikuti langkah-langkah di bawah:

1) Login ke i-Akaun KWSP. Jika tiada i-Akaun, kau call je 03-89226000 mereka boleh aktifkan sekejap saja.


2) Klik tab Pengeluaran (Withdrawal kalau kau fasih berbahasa Inggeris). Di e-Pengeluaran, pilih Permohonan Baru.

3) Di bawah Jenis Pengeluaran, pilih Pendidikan. Isikan maklumat yang relevan. Boleh call PTPTN sebab dia boleh beri amaun spesifik berapa yang kau kena bayar selepas diskaun 15% (jika nak buat full settlement).


4) Tunggu pengesahan daripada PTPTN dan KWSP. Boleh semak status di tab Mesej Sekuriti. Untuk aku dia hanya ambil masa 2 hari saja selepas submit borang untuk dia panggil datang bagi cap jari.

5) Pergi ke pejabat KWSP untuk pengecaman cap jari dengan dokumen sokongan (salinan ijazah, transkrip) Aku pergi kat KWSP di stesen bas Jalan Reko tu orang tak ramai.

6) Buat aksi di bawah tanda kesyukuran.



7) Tunggu beberapa hari dan HUTANG SELESAI! YA TUHAN TERIMA KASIH KERANA MENGHILANGKAN BEBANAN INI.

Bagaimana, mudah bukan? Tunggu apa lagi bebaskan diri anda dari dibelenggu PTPTN tanpa perlu mencari wang tambahan daripada aktiviti yang berdosa. Kalau kau taknak selesaikan sekaligus, nak bayar tunggakan saja pun tiada masalah sebab kau boleh buat pengeluaran tanpa had selagi ada baki di akaun 2 KWSP. Jika anda ada sebarang persoalan tentang proses di atas tetapi anda malas nak cari di laman web KWSP, boleh tanya di ruangan komen saya bersedia membantu anda dengan penuh keihklasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...