Friday, November 8, 2019

ULASAN KONSERT BUTTERFINGERS: TRANSCENDENCE 20TH YEAR ANNIVERSARY

Pada 2 November yang lalu telah berlangsungnya sebuah konsert reunion Butterfingers: di Stadium Malawati Shah Alam bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-20 album Transcendence. Rata-rata peminat Butterfingers kini telahpun berkahwin dan sudah ada anak, berperut boroi serta merupakan ahli Persatuan Takut Bini. Setelah membeli jiwa isteri masing-masing untuk mendapat restu nak pergi konsert, peminat Butterfingers kembali menyarung jeans yang dah ketat berserta kasut Converse yang lusuh untuk bersama-sama melompat berlatarbelakangkan gorengan gitar Loque, jeritan vokal Emmett, ketukan dram padu Loko serta bassline membunuh daripada Kadak. Ayuh teruskan membaca.


(Btw guys kalau malas nak baca panjang-panjang, boleh skip terus ke versi video di bawah)

Setelah tarikh konsert diumumkan, kebanyakan tiket terus sold out seperti pisang goreng panas. Saya dah lanjut usia, tak larat dah nak terkinja-kinja nanti sengal-sengal satu badan so saya pilih area seating saja. Lepastu ada rezeki saya menang 2 keping tiket daripada Thelaki, ingatkan nak jual kat pasaran gelap tapi end up saya sedekah kat kawan saja. Pintu stadium buka pada pukul 6:30 petang, dan saya sampai around pukul 7 di stadium. Masa tu saya nampak orang beratur panjang gila mula-mula ingatkan nak beli Bobba Tea tapi rupa-rupanya tengah tunggu giliran nak masuk stadium.


Since saya duduk di zone orang tua kena gout, saya tak perlu beratur panjang. Namun begitu saya dapat lihat ramai orang yang complain pasal management di konsert. Konsert dah nak mula tapi mereka yang membeli tiket di zone melompat-lompat masih beratur panjang nak dekat 2 kilometer, lepastu dengan masalah potong q lagi. Macam tak ada direction untuk membimbing crowd ke zone yang benar dan lurus.

Dari segi performance, saya rasakan persembahan keseluruhan konsert ni mantap, at least during the first half of the concert. Macam mereka tak pernah ada hiatus pun. Since tajuk konsert pun dah Transcendence, Butterfingers memainkan semua 12 lagu daripada album ketiga mereka mengikut turutan. Opening main lagu Chemistry Between Us, so dari tempat duduk saya memang boleh nampak crowd menggila dan histeria tapi mereka tak sedar mereka sudah lanjut usia sampaikan yang kena slipped disc pun ada!

Dari segi sound, ada komen yang mengatakan mereka tak dengar sangat sound gitar Loque, especially jika mereka berada di rock zone. For me sound system dia actually well balanced, semua instrumen saya boleh dengar dengan clear. Vokal Emmett jelas kedengaran, macam dengar kaset pula. Loque pula masih ingat lagi bagaimana nak main lagu-lagu seperti Meltdown dan Faculties of The Mind kalau terlupa pun dia masih boleh improvise dengan bersahaja, Maybe sebab saya duduk dekat area Epitome, that's why saya rasa sound dia sedap. Tu la sebab dia charge harga tiket duduk kat belakang lagi mahal daripada yang berdiri depan stage kot?

Satu lagi benda yang saya nak puji pasal konsert ulangtahun ke 20 Transcendence ni adalah lighting dia. Jika kalian perasan, mood lighting dia ikut tema warna kulit setiap album yang dimainkan. Contohnya masa set Transcendence lampu dia warna oren dan merah, masa set Butterworth pushful dia guna lampu hijau dan time main lagu-lagu dari 1.2 Miligrams, dia banyak guna lampu ungu.


Ok for those who attended the concert I guess the biggest talking point is about Kadak's situation. Lepas set Butterworth Pushful, kita tak nampak Kadak di atas stage. Lepastu dapat update yang Kadak mengalami sesak nafas dan dinasihatkan untuk tidak meneruskan persembahan. Daripada update di IG beliau, dah keluar dah dari hospital.

Saya pasti semua orang faham situasi tersebut and We all wish a speedy recovery untuk saudara Kadak. But of course kita boleh nampak betapa besarnya impact ketiadaan Kadak terhadap persembahan Butterfingers pada malam tersebut. Sure mereka try to go on with the show just main gitar dengan vokal saja, even at one point Loque cuba main bass masa lagu Royal Jelly tapi unfortunately lagu tu rasa kosong tanpa riff legend lagu tersebut. I don't know maybe Emmett boleh main rhythm guitar or ada backup sessionist ke? Or buat macam Foo Fighters panggil je fans naik pentas main aku hampir tahu main semua solo lagu Butter guna mulut. Even kalau tengok setlist patutnya ada 3 lagu encore tapi mereka decide untuk tidak meneruskannya.

Bila dah jadi perkara benda sebegini, unfortunately kita tak dapat elak rasa flow dan momentum concert tu terganggu. Banyak kali jugak mereka stop dan main video promo abang Rom berulang-ulang. Takpe at least ada peluang juga untuk pakcik-pakcik sengal lutut di rock zone untuk berehat kan. Siap ada pesanan penaja yang panjang dan crowd diminta untuk menyanyikan lagu Tanah Pusaka bersama-sama. Personally I don't really mind pun sebab tanpa penaja mungkin tiada konsert tapi adakah Butterfingers yang dulu-dulu akan menurut kata-kata daripada brand sebegini? Hehehe.

Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan dengan konsert ulangtahun ke 20 Transcendence ni. Dah tua-tua ni memang susah nak pergi bersukaria berparti liar seperti zaman remaja, especially bila dah ada anak isteri so kita kenalah tahu priority. So bila once in a while dapat pergi konsert band kegemaran bersama rakan-rakan lanjut usia yang lain, perasaan dia rasa special sikit sebab rasa lebih nostalgik walaupun dah tak larat dah nak join moshing depan stage. Konon-konon ini last concert Butterfingers tapi nanti ulangtahun ke 20 album Selamat Tinggal Dunia ke Kembali ke mereka buatla renunion sekali lagi ye tak. Ok habis dah thanks for reading!

#Transcendence20years

Untuk ulasan penuh berserta video highlight di konsert:



Thursday, October 10, 2019

Tanda-Tanda Anda Ketagihan Fantasy Football

Hai apa khabar pembaca? Hari ini kita nak berbicara pasal Fantasy Football. Jika anda merupakan peminat bola sepak, ada kemungkinan yang anda main Fantasy Football jugak. Tapi kalau anda tak minat bola, anda mungkin tertanya-tanya, “Padia Fantasy Football ni??” Well Secara ringkasnya Fantasy Football ni anda jadi manager syok sendiri satu pasukan yang anda pilih pemain dia, lepastu anda akan dapat point berdasarkan persembahan pemain yang anda pilih di dunia sebenar. Pemain anda score? Dapat point. Pemain ada bolos? Tolak point. Shopping mall? Ampang Point. Tapi semua point yang anda dapat ni sekadar fantasi jugak la tak boleh tebus untuk dapatkan Tupperware ataupun tiket wayang.


Now anda dah faham konsep Fantasy Football ni, saya yakin anda pasti ada ramai kenalan yang main menda alah ni kan? Tak kiralah Boyfriend anda ke adik beradik anda ke Tok Wan anda ke. Kalau mereka ni jenis yang fanatik, anda pasti boleh nampak ciri-ciri yang saya akan huraikan sebentar lagi. Ayuh teruskan membaca.

1) Anda Menghabiskan Masa Di Pejabat Setup Pasukan Anda

Pernah tak anda nampak rakan sekerja anda tiba-tiba menjadi fokus, terutamanya pada hari Jumaat? Selalunya hari Jumaat semua orang dah fikir pasal weekend nak pergi kenduri, nak pergi parti liar, so orang tak kisah sangat dah pasal kerja. Tapi ada sorang office mate anda ni, dia akan duduk depan laptop dengan wajah yang serius, muka berkerut-kerut sambal buat posing hijabster pening kepala sebab memang mereka betul-betul pening. Mula-mula nampak macam ‘wow rajinnya dia ni’… tapi jangan terpedaya, dia sebenarnya tengah runsing susun pemain dia, fikir nak letak siapa jadi kapten Fantasy Football.

2) Anda Menyokong Pemain Pasukan Yang Dibenci

Jika kalian tengok gambar profile aku serta entri-entri lama tentang bolasepak, memang ketara kot aku minat pasukan juara Eropah enam kali. Sebagai penyokong kelab juara Eropah enam kali, obviously ada pasukan yang saya kurang gemar seperti ughh Manchester United. Tapi bila kita main Fantasy Football, kita tak boleh ada mentality taknak pilih pemain daripada pasukan yang kita tak suka ni. Saya bagi contoh beberapa tahun yang lalu, masa tu Cristiano Ronaldo main dengan United, setiap minggu dia score, dia assist, dia tanduk dia lipat, banyak point yang dia dapat. So mesti lah kita kena ada dia dalam pasukan kalau tak pastilah kita akan ketinggalan. Tapi itu kisah dulu-dulu la, season ni takkan nak pakai pemain Manchester United lagi. Kau nak pilih siapa? Phil Jones? Eric Djemba-Djemba?

3) Anda Ada Excel File Yang Memaparkan Jadual Perlawanan Setiap Pasukan

Excel file ini bukan file biasa-biasa, file ini memaparkan jadual team apa lawan team apa, siap ada colour code yang tunjuk match ni senang ke susah, so boleh plan ahead nak transfer pemain mana, nak captainkan siapa, FOR THE WHOLE SEASON!

4) Anda Follow Banyak Akaun Fantasy Football di Media Sosial

Hidup di zaman media sosial ni, semua benda kita boleh cari guna telefon pintar. So, orang yang fanatik Fantasy Football ni, dia akan banyak follow fanatik Fantasy Football yang lain. Sebab orang yang buat akaun spesifik pasal Fantasy Foolball ni, tahap kefanatikan dia lebih tinggi daripada kita yang fanatik normal ni. Haha kalian faham tak apa yang aku cuba sampaikan ni. Akaun-akaun di Twitter or Youtube yang content dia hanya cakap pasal Fantasy Football ni, mereka banyak bagi maklumat secara terperinci tentang strategi, do’s and don’t’s, siapa nak kaptenkan minggu ni, berserta dengan statistik dan grafik kebarangkalian, so kita nampak mereka bukan sekadar dok buat palatao, mereka memang betul-betul buat research berkenaan dengan Fantasy Football.

5) Mood Anda Dipengaruhi Oleh Kejayaan Pasukan Anda


Ok satu lagi tanda anda ketagihan Fantasy Football, mood anda dipengaruhi oleh kejayaan pasukan anda. Point ini boleh jadi positif ataupun negatif. Positif ni Contohnya kalau pemain yang anda pilih banyak jaringkan gol, lepastu kapten pulak mengena, point yang anda dapat cecah seratus, of course anda happy bukan? Sepanjang hari kau senyum. Time ni wife kau apa-apa semua kau bagi. Tudung dUCk? No problem. iPhone baru? Nah ambil kad kredit ni. Ok ok maybe bukan iPhone la maybe nak makan Siakap 3 rasa ke haa no problem.

Haa itu kalau menang. Kalau percaturan gagal bagaimana pula? Memang muram seharian. Perasaan bila kau letak kapten Raheem Sterling lepastu Pep pergi letak dia kat bench fuhh, rasa dia lebih teruk daripada ditinggalkan gadis. Lepastu tidur tak lena, kencing tak lawas, dan kau rasa nak just nak duduk di bucu katil sambil menyesali keputusan kau sebab tak beli Kevin de Bruyne.

So begitulah antara tanda-tanda anda ketagihan Fantasy Football. Berapa banyak ciri-ciri yang ada pada diri anda ataupun orang yang anda kenal? Mungkin anda perlukan bantuan. Also jika anda malas membaca entri panjang-panjang, anda boleh tonton versi video di bawah.



Friday, September 27, 2019

Gerai Makcik Kena Sita!

Hai apa khabar pembaca? Kalian mesti ada gerai nasi lemak kegemaran di tepi jalan bukan? Selalu time nak pergi kerja mesti singgah kejap kat gerai makcik tersebut sebab nasi lemak kerang beliau memang kena dengan taste anda. Murah pun murah. Bila kau dah jadi regular customer kadang-kadang siap dapat kuih extra lagi tanpa sebarang bayaran tambahan. Namun begitu hidup ini tak selalunya indah. Berniaga di tepi jalan ni ada risiko dia. Kadang-kadang disembur najis mughollazoh, kadang-kadang gerai ditabrak pemandu mabuk. Tapi masalah paling common adalah gerai kena sita sebab tak ada lesen perniagaan yang sah. Ini adalah kisah tentang seorang individu yang teringin nak makan nasi lemak namun gerai nasi lemak kegemaran beliau telah disita oleh Majlis Perbandaran. Ayuh teruskan membaca.

Gerai makcik tepi jalan kena sita
I wish I could pretend I was not lapar,
Lagu KRU Ohh la la la,
Sco pa tu mana,
Baik duduk rumah,
Order je food panda,

Bangun pagi pagi,
Perut berbunyi kruk kruk Kruk,
Lapar nak mati,
Rasa nak makan nasi lemak kerang,
And maybe tambah sotong,
Yeah

Aku start enjin,
Cari gerai kegemaran,
Tapi tak jumpa,
Hanya tinggal kenangan uhh la la la,
I feel like sedih gila yeah

Ayuh tonton klip video Kena Sita di bawah dan jangan lupa subscribe channel Youtube saya, thanks!



Wednesday, September 18, 2019

Pengalaman Diurut Lelaki Asing di Rumah Sendiri...

Hai apa khabar pembaca? Pernah tak kau rasa stress sampai sengal-sengal satu badan lepastu kau bermonolog dalaman “Ahh malasnya nak keluar kalaulah ada orang datang rumah dan urut aku sekarang tapi secara halal...” ? Baca tajuk di atas macam nak cerita pengalaman tak senonoh yang mengghairahkan namun begitu saya nak tekankan di sini aktiviti yang bakal saya ceritakan adalah syariah compliant dan 100% halal. So kalian dah boleh dah pakai seluar balik. Ayuh teruskan membaca.

Beberapa minggu yang lalu aku try pakej urut dari sentuh.my (search on IG or FB) yang menawarkan khidmat spa di rumah. So di sini aku nak berkongsi pengalaman mereka datang ke rumah dan karate belakang aku sehingga aku mengeluarkan bunyi-bunyi yang aneh dari mulut. Kau pergi je website mereka sentuh.my, pilih pakej apa kau nak, isi details apa yang patut nanti mereka arrange therapist datang rumah kau (KL dan Selangor saja for now).

Aku terpaksa try pakej Couple Massage sebab kau ingat wife aku nak berdiam diri ke tengok aku sorang je kena urut. Urutan di Sentuh ni patuh syariah urut ikut jantina so tak perlu risau la kalau suami anda cuba mengurat therapist gadis. Therapist aku nama dia Rizuan beliau memang tukang urut bertauliah dengan teknik-teknik urutan advanced tinju Ip Man dan Cakaran Sang Rimau. Perasaan dia macam duduk kat kerusi urut seringgit di shopping mall tapi lagi power sebab ada voice command so bila kau jerit “ADUH SAKIT BANG!” secara automatik dia akan kurangkan tekanan urutan. Plus ni 60 minit full body massage dan 20 minit urut kaki so bayangkan berapa kali aku minta keampunan dari Tuhan sebab sakit tapi dalam masa yang sama sedap nak arwah. Lepas habis urut tu memang kau rasa lega sangat umpama baru lepas menjelaskan bayaran PTPTN.

Overall aku memang berpuas hati dengan servis yang ditawarkan oleh Sentuh. First of all mereka datang tepat pada waktu, urut pun tak pakai cheat code cepatkan jam. Faktor paling best adalah dia convenient boleh datang ikut waktu yang kau set dan semua benda mereka bawak seperti meja urut, bau-bauan dari syurga serta bunyi-bunyi tenang seperti ombak menghempas pantai dan air sungai yang mengalir. So amacam terpengaruh bukan dengan ulasan jujur aku semoga anda mendapat Massage yang ingin disampaikan haha sedikit jenaka urut di situ.

Untuk lihat bagaimana mereka setup spa di rumah dan seterusnya mengurut seluruh tubuh aku kecuali area punggung, kalian tengoklah video yang aku susah payah buat di bawah ni dan jangan lupa subscribe channel Youtube saya untuk lebih banyak video urutan zahir dan batin.



Tuesday, September 17, 2019

Lagu Jerebu

Hai apa khabar pembaca? What the what? Dua entri dalam tempoh dua hari setelah lebih setahun tak kemaskini blog? Wow kau ok ke tak Faizal? Tiada krisis rumahtangga ataupun krisis air Selangor ketika ini so kalian tak perlu risau. Tempoh hari, semasa jerebu mula-mula membuat lawatan ke negara kita, aku ada membuat satu playlist Jerebu di Spotify. Lagu-lagu kegemaran aku yang tajuk dia ada kaitan dengan jerebu. You can checkout the playlist here


Namun begitu, kualiti kebersihan udara semakin buruk dan sekolah serta taska anak aku terpaksa ditutup menyebabkan suasana kucar-kacir di rumah pagi ini. Sorang taknak mandi. Sorang nak sarapan McD. Sorang lagi memang jenis garang nak mati haha takpe wife aku taktau aku update blog ni. Saya pasti ramai ibu bapa di luar sana yang terpaksa mengambil emergency leave sebab nak jaga anak di rumah. Untuk memberi semangat kepada anda semua, saya telah mencipta sebuah lagu berdasarkan playlist di atas menggunakan tajuk lagu sebagai lirik. Ayuh teruskan membaca.

Check out the song below and subscribe for more content like this!



Lirik:

Jerebu datang lagi, makes it Harder To Breathe
Every Breath That You Take, makes you wanna feel headache

Smoke Gets In Your Eyes, your throat is getting dry
Everything is so Blurry, IPU sungguh tinggi

Separuh Nafas ku rasa, tiap-tiap tahun pun sama
Fire Burning over there, yang ni kau taknak claim pula

Cause We Didn't Start The Fire

Monday, September 16, 2019

Kempen Meniup Jerebu Kembali Ke Indonesia

Hi apa khabar pembaca? Nampak macam blog ini dah sampai ke rahmatullah tapi kalian semua silap. Setelah lama menghilang, blog ini tiba-tiba membuat kemunculan setahun sekali seperti jerebu yang sedang melanda negara ini. Musim jerebu ni kita tak boleh buat banyak aktiviti di luar, so jangan lupa gunakan alasan tersebut untuk menolak pelawaan jejaka tak hensem yang ajak anda keluar makan. Anyway, kecewa dengan masalah jerebu yang bagaikan tiada jalan penyelesaian, satu kempen untuk mengatasi masalah jerebu dengan meniup jerebu di udara untuk kembali ke Indonesia telah dilancarkan di Twitter, dan mendapat perhatian netizen.


Cadangan itu kedengaran seperti tidak masuk akal, tetapi sebenarnya ada penjelasan secara saintifik jika anda selak kembali bab 4 buku sains tingkatan 3. Itulah siapa suruh anda tak berikan perhatian semasa cikgu mengajar kat depan. Ayuh teruskan membaca.

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, sudah pasti aku akan mengambil bahagian dalam rancangan tersebut. Sempena Hari Malaysia, kami sekeluarga telah berbakti kepada negara dan Alhamdulillah, Terkini Indeks Pencemaran Udara (TIPU) sudah kembali menjadi hijau ketika entri ini ditulis.



Jika hanya kami sekeluarga saja yang berusaha mungkin dapat meniup jerebu sekadar ke Jelebu Negeri Sembilan saja tapi kalau kita semua bergandingan bahu membeli kipas di Kaison ataupun Daiso, nescaya jerebu dapat dipulangkan ke tempat asal. Ayuh rakyat Malaysia! Also jangan lupa subscribe channel Youtube saya youtube.com/user/ijaikool untuk lebih banyak video hambar. Ayuh kongsikan video tiupan anda juga! Jumpa lagi di musim jerebu yang akan datang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...